Posts

Showing posts from November, 2009

Walimatul urus

Image
Upload jer laa ..tak sempat nak makeup kan foto2 ni..itu pasal ada yg kabur jer..ehehehe. MakCik kepada pengantin, kak chah bergambar kenangan bersama mak Pengantin dan bunga telur Iqa dan mak long Sementara menunggu pengantin tiba, snap2 ler gambar sendiri...ihiks Dari kanan, Kak Ina, Kak Wok( kazen kak long),Fauzi( jiran lama) dan isteri, mak dan kak long Sabtu lepas menjadi pemandu kepada ibunda tercinta memenuhi undangan jiran lama semasa kami tinggal di kuarters JKR Simpang 3, Perak. Setelah hampir 24 tahun tidak bersua muka, kak Nor mendapat menantu sulung.

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua umat islam. Semoga pengorbanan kita,walau dalam bentuk apa jua itu adalah satu pengorbanan yang diredhai Allah swt

Menunggu dan menanti

.,giliran untuk berjumpa doktor. Agak Lambat la pulak hari ini. Doktor dah ada tapi tak panggil2 lagi giliran yg pertamapun lagi. Teman pulak nak ke tempat kerja secepat yang boleh. Alahai

Siti Khadijah

Image
Wajah anak saudara kak long yang baru berusia 11 hari.

Nasyirat Nu'man 11 Tahun

Image
Happy 11th Birthday to Nasyirat Nu'man on 18 November 2009 <

Selamat Melahirkan...

Image
Foto yang dihantar oleh Adik kak long melalui MMS setelah ditelefon oleh Nurdini yang tak sabar nak tengok rupa adik dia. Kelmarin kira-kira pukul 11.30 malam, adik ipar mintak tolong hantar ke hospital. Doktor nasihatkan dia pergi untuk memastikan sama ada baby dah tak sabar nak dilahirkan. Sebelum itu adik ipar tak sedap badan dan cirit birit. Ingatkan terjangkit dari Nu'aim. Suami dia, adik kak long kebetulan baru jer ketika itu sampai ke Kulim Kedah untuk satu mesyuarat keesokan harinya ( semalam). Aduhai, walaupun tak kelam kabut sangat tapi dalam hati risau, kami berdua jer dalam kereta dan hospital di mana doktor yang menyambut keempat-empat anak beliau sebelum ini agak jauh di Klang..aduhai. Kak Long tak terus menerus nak pecut walau di highway sebab lori2 banyak di tengah malam dan kami selamat sampai kira2 pukul 12.30 malam. isk Iskk pecah rekod kak long sampai ke Klang ikut highway SILK- Seremban-Kl-Kesas dalam masa kira2 35 minit. Khamis tengahari, Adik kak long sampai

Masih jelas...

..terbayang di mata betapa rupa parasnya yang begitu jauh berubah dari kali terakhir kami bertemu di hari pengkebumian suami beliau. Kini sudah genap seminggu arwah makcik meninggal dunia. Tak sangka dalam masa 16 bulan tidak berjumpa dia akhirnya pergi jua. Kami redha kerana kami tidak mahu dia hidup merana kerana anak2. Sampai hati anak dikasihi tidak langsung sudi menjengah disaat2 ibu sudah nazak sehinggalah ibu menyambut panggilan Ilahi. Benar2 tidak faham kenapa dan mengapa sikap si anak berubah! Mengenangkan peristiwa ini pun boleh buat airmata mengalir apatah lagi ketika bertemu semula tidak ada sepatah kata terungkap bicara. Masih jelas kedengaran suaranya suatu ketika dahulu. Terbayang2 saat memegang jemari tetapi kali ini tidak ada genggaman salam berbalas. Kaku dan pilu... Sayangilah ibu dan ayah kita selagi hayat masih ada dan diberi kesempatan itu oleh Allah swt.

Negeri Sembilan vs Kelantan

Saya tak kisah pasukan manapun yang menang atau kalah! Sebabnya saya tak ada kepentinganpun. Lalala la la

Semangat

Di mana semangat akan dicari? Apakah semangat itu? Bentuk bagaimanakah semangat itu? Yang pasti saya memerlukan semangat untuk meneruskan cabaran yang menggunung ketika ini.