Tuesday, November 10, 2009

Masih jelas...

..terbayang di mata betapa rupa parasnya yang begitu jauh berubah dari
kali terakhir kami bertemu di hari pengkebumian suami beliau. Kini
sudah genap seminggu arwah makcik meninggal dunia. Tak sangka dalam
masa 16 bulan tidak berjumpa dia akhirnya pergi jua. Kami redha kerana
kami tidak mahu dia hidup merana kerana anak2. Sampai hati anak
dikasihi tidak langsung sudi menjengah disaat2 ibu sudah nazak
sehinggalah ibu menyambut panggilan Ilahi. Benar2 tidak faham kenapa
dan mengapa sikap si anak berubah! Mengenangkan peristiwa ini pun
boleh buat airmata mengalir apatah lagi ketika bertemu semula tidak
ada sepatah kata terungkap bicara. Masih jelas kedengaran suaranya
suatu ketika dahulu. Terbayang2 saat memegang jemari tetapi kali ini
tidak ada genggaman salam berbalas. Kaku dan pilu... Sayangilah ibu
dan ayah kita selagi hayat masih ada dan diberi kesempatan itu oleh
Allah swt.

3 comments:

zue said...

sy mmg sensitif bila anak2 abaikan ibubapa.
org mcm ni akan terima juga balsan..dia kena fikir yg dia pun ada anak juga.

Kak Zue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Zue said...

zue-->kita cuma boleh berdoa semoga kita tidak akan mengabaikan ibu bapa kita dan anak2 kita akan menjaga kita semasa kita tua nanti, InsyaAllah

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin