Posts

Showing posts with the label Isu semasa

Cerai Kasih

Image
Cerai hidup atau cerai mati? kedua2 mempunyai cerita yang berbeza. Sekarang ini dah macam menjadi trend bila sebut kes cerai berai mesti dikaitkan dengan golongan artis . Hakikatnya ramai juga dikalangan orang yang bukan artis ini yang bercerai. Alasan untuk bercerai? selalunya yang kita baca atau dengar adalah sebab tiadanya persamaan, tiada persefahaman dan macam-macam lagi. Cerai hidup, orang akan kata macam-macam mahupun positif ataupun negatif. Tak habis-habis orang akan bercerita dan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan spekulasi. Bab nikah dan cerai seperti membeli baju dan selepas itu membuangnya sebab baju dah koyak atau tak muat atau sebab baju yang dibeli itu sudah luntur atau pudar warnanya. Adakah ianya sebegitu mudah? Rasanya tidak sebab kes adanya berlanjutan sehingga ke mahkamah dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana tidak ada toleransi dan kerjasama dari kedua belah pihak. Di dalam kes cerai hidup ini siapakah yang menjadi mangsa? Sedikit sebanyak ...

Lelaki atau perempuan lebih prihatin?

Image
Beberapa soalan untuk kita fikir bersama. "Di antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana lebih mengutamakan keluarga ( ibu/ayah/adik) setelah mereka bekerja dan berjaya?". Adakah lelaki atau perempuan yang setelah bekerja hanya fikir nak mengumpul duit untuk berkahwin atau sebaliknya membantu keluarga dan persekolahan adik-adiknya. Kes seperti ini tidak berlaku kepada anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang kaya raya? Siapa lebih pentingkan diri? anak lelaki atau anak perempuan?

Kenapa kena bayar?

Mungkin kak long yang tidak prihatin akan hal ini. Tetapi tidak pulak kak long perasan ada pengumuman yang dibuat berkenaan hal ini. Hal apa? isu apa? Inilah yang kak long nak ceritakan. Beberapa bulan yang lepas ketika balik ke kg, kak long dapat tahu orang-orang kampung yang mahu mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan perlu membayar RM1.00 setiap kali datang. Semasa itu, kak long hairan sebab klinik kesihatan di Beranang semasa itu masih tidak mengenakan sebarang caj. Kak long tahu sebab kak long setiap 3 bulan sekali menghantar mak untuk rutin check up darah tinggi. Kak long terfikir kesian sungguh pada atuk, nenek, mak cik pakcik yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terpaksa mencari RM1.00 utk mendapatkan rawatan. Mungkin ada pengecualian utk warga tua?? tidak dapat kak long pastikan tetapi makcik kak long yang dlm golongan warga tua, yang sakit2 kaki..tak larat nak jalan pun kena bayar seringgit utk dapatkan rawatan. Hari Selasa lepas, kak long dapati klinik kesih...