Thursday, November 27, 2008

Lelaki atau perempuan lebih prihatin?


Beberapa soalan untuk kita fikir bersama. "Di antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana lebih mengutamakan keluarga ( ibu/ayah/adik) setelah mereka bekerja dan berjaya?".

Adakah lelaki atau perempuan yang setelah bekerja hanya fikir nak mengumpul duit untuk berkahwin atau sebaliknya membantu keluarga dan persekolahan adik-adiknya.

Kes seperti ini tidak berlaku kepada anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang kaya raya?
Siapa lebih pentingkan diri? anak lelaki atau anak perempuan?


13 comments:

Suzi said...

rasanya lelaki kot. sebabnya dia lebih byk tanggungjawab. misalnya kalau belum kahwin...fikir duit nak kahwin...kalau dah kahwin t/jawab utk keluarga pulak...

Tie said...

Hmmm...bergantung pada diri masing2 sebenarnya. Terutama pada yang terlalu rapat pd keluarga, tentu dia pentingkan keluarga, tak kira lelaki atau perempuan..

MAZEMIE MAZ said...

Asslmk,

Bergantung pd kesedaran masing2. Tp biasanya anak perempuan lebih prihatin dan komited terhadap ibu bapa. Wallahualam...

Maza's said...

Salam Kak Zue....ermmm saya rasa lelaki la lebih mengutamakan keluarga...contoh saya adalah ayah saya..sbb walaupun sibuk dgn keje....sibuk dgn family sendiri..tp ayah saya pun ambil berat psl keluarga atok nenek saya...ambil berat psl adik beradik dia....sbb ayah anak sulong..sume adik2 dia refer kat dia mtk tlg..dan saya pun anak sulong..saya nak jadi mcm ayah sy jgk nnt...dia contoh yang terbaik bg saya..

Kak Zue said...

Suzi-->Terima kasih dengan pendapat yg diberi.

Kak Zue said...

Kak Tie--> zue setuju dengan pendapat kak Tie. Kadang ada anak perempuan yg prihatin dan kdg ada anak lelaki yg prihatin tapi lebih ramai anak perempuan yg lebih prihatin terhadap keluarga.

Kak Zue said...

Mazemie maz--> Salam. Terima kasih sudi beri komen. memang benar. Semua bergantung kepada kesedaran diri masing2 sama ada nak pentingkan diri sendiri atau berkorban demi ibu bapa. tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Kak Zue said...

Maza's-->Bagus jika ayah anda adalah seorang yg prihatin terhdp keluarganya dan boleh menjadi contoh kepada anda.

nahmy said...

jujurnya, prihatin tu tak saya rasa boleh diukur dr aspek 'jantina' ttp dari aspek yg lebih halus spt hati dan kewarasan berfikir..

Kak Zue said...

Nahmy-->aspek hati dan kewarasan berfikir boleh dijadikan penyukur sama ada lebih ramai lelaki mahupun wanita yang lebih prihatin dan tidak mengikut perasaan?

Abang Long said...

Semuanya bergantung kepada keadaan dan individu itu sendiri. Apapun, lelaki mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jauh lebih berat dalam segala aspek.

Ismail N said...

Salam,
Bergantung kepada individu & pergaulan masing-masing. Yg banyak mempengaruhi nanti adalah persekitaran dan kawan2 masing2. Then again, itu cuma pendapat peribadi. Btw, teringat lagu Raihan - "Iman tak dapat diWARISI dari seorang ayah yg bertakwa...."

kuIna Jentayutiara said...

brgantng pd individu & ekonomi. klu yg lelaki klu dh kawin dh ada tggjwb sndiri & p'puan lak klu dh kawen dipertnggjwbkn pulak. apapn telenrasi, prihatin kena ada & seimbang.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin