Wednesday, November 05, 2008

SPM oh SPM...


SPM 2008 dah semakin menghampiri. Kak Long pulak yang merasa berdebar-debar macam kak long yang nak ambik exam..ehehehe. Anak saudara Kak Long, si Iqa tu akan menghadapi SPM minggu hadapan iaitu hari pertama exam dia pada 11 November. Teringat pulak kes masa kak long ambik SPM berkurun yang lepas. Kisah sedih tau...sedih sebab kak long menangis kerana kertas BM..

Yaaaa..kertas BM yang orang lain boleh score A1 tapi kak long tak jawab satu segmen dalam kertas 1 atau 2( tak ingatla pulak sebab dah berkurun..eheheh). Habis exam utk hari tu masih tak sedar tapi bila malam kat rumah baru teringat. Patutlah orang lain dok tekun menulis, kak long dah siap..rupanyer kak long tak jawab satu bahagian lagi..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Menyesal tak berguna tapi alhamdulillah tak perlu ambik July paper utk BM..maknanya kak longnyer BM masih credit tapi corotnyer credit...uhukkksss. Malam tu baca nota ugama pun dah tak berapa nak konsentret, air mata dok mengalir mengenang kebodohan diri sendiri.

Pengajarannya adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan, ulang semak soalan2 dalam kertas soalan dan kalau ada masa lagi, semaklah jawapan yang sudah adik buat yer. Jangan kelam kabut.

Iqa, mak long doakan Iqa akan dapat jawab semua soalan2 dengan tenang dan Iqa akan berjaya. Banyakkan berdoa, terus berusaha dan InsyaAllah akan lebih berjaya dari apa yang Iqa dapat masa Trial Exam. Go for 9A1 ...

3 comments:

arsaili said...

salam..semoga iqa berjaya....

Suzi said...

salam semoga iqa dalam hadapi SPM dgn tenang...good luck.
teringat waktu spm dulu...byk main2...tu pasal result cukup makan je...hihihi...

Kak Zue said...

arsaili-->salam. Terima kasih dgn doa yang diberi utk Iqa

Suzi-->samalah dgn kak long. Main2 menyebabkan result tak bagus..huhuhu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin