Posts

Showing posts with the label experience

Kisah Selepas Exam...

Image
Dulu-dulu zaman kak long sekolah rendah atau menengah memang selepas exam jer adalah masanya untuk bermain di dalam kelas. Segala jenis permainan di bawak ke dalam kelas, dam, chess, dominoes, snap, donkey, old maid dan macam-macam lagi permainan kad yang dibawa. Dah berpuluh tahun masa berlalu tetapi tidak ada perubahan dengan aktiviti selepas exam di kebanyakan sekolah. Pendapat kak longlah kenapa mesti dibuat peperiksaan akhir tahun terlalu awal sedangkan ada 1 bulan lebih lagi masa persekolahan sebelum cuti akhir tahun. Akibatnya ramailah budak-budak sekolah yang bosan dan akhirnya ponteng sekolah. Budak2 tak dapat nak beraya sangat sebab sebaik habis cuti raya, terus exam. Mana yang tidak peduli , memang raya sakan jugaklah dan last minute baru sibuk nak baca buku ( macam kak long jugaklah ni...ahaks). cikgu-cikgu kena lebih kreatif untuk mengisi masa terluang anak-anak murid selepas exam. Tetapi berlainan dengan MRSM, anak saudara kak long Iqa akan menghadapi exam akhir tahun pad...

Suatu masa - bahagian 1

Suatu masa dahulu di pertengahan tahun 60an, Abah dan mak kak long berkenalan dan akhirnya mereka ke jinjang pelamin. 2 tahun selepas diijabkabulkan, kak long di lahirkan ke dunia. Abah seorang buruh kasar di JKR dan mak pula seorang gadis muda yang menjadi idaman lelaki kut semasa tu ...ehehe. Ramai yang kenal mak sampaikan mak digelar "combi" seperti combi dalam filem Ibu Mertuaku itu. Mak pernah bercerita kepada kak long semasa peristiwa 13 may 1969, mak dan abah pernah melanggar perintah berkurung ketika itu. Aduhai masa itu mak kata keadaan di jalanraya amatlah sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi enjin motosikal Abah kak long memecah kesunyian pagi yang dingin. Walaupun peristiwa 13 may berlaku di Kuala Lumpur tetapi bahangnya terasa juga di kampung-kampung. Tetapi kak long percaya masyarakat tionghua dan melayu yang hidup di kampung jauh lebih akrab daripada di bandar-bandar besar. Syukur kami sekeluarga selamat sampai ke rumah sewaan. Kak long masih ingat-ingat lupa rum...