Thursday, May 07, 2009

Ratu Hatiku I

Lokasi foto : sebuah kedai gambar di Pekan Selekoh, Perak di awal 1970
Maaf ek...saper yang dah pernah tengok..sila abaikan..ehehehe


Hari Ibu jatuh pada 10 May, tapi pada kak long, setiap hari , adalah hari ibu. Kalau kita nak mengenang jasa ibu, tak perlu tunggu Hari Ibu. Bila-bila masa kita perlu menghormati ibu, mak , mami, mama atau ummi kita. Pengorbanan mak tidak mungkin terbalas.

Semasa mengandungkan kak long,mak bersusah payah memasak, membasuh kain dan menguruskan keperluan harian walaupun mengalami alahan di awal mengandung. Masa tu duduk kat rumah sewa bersama2 arwah Abah. Mak tak tinggal di rumah Mbah( nenek dalam bahasa Jawa). Kak Long sebagai anak sulung, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Pernah pada zaman darurat 1969, ada perintah berkurung dikenakan tetapi di kampung ketika itu tidak terasa sangat semangat perkauman itu. Mak memberanikan diri mengendong kak long yang berusia kira2 setahun ketika itu membonceng motosikal untuk balik ke rumah sewa yang terletak kira-kira 10 km dari rumah Mbah. Iskk kiranya kalau ada yang menyerang kami sekeluarga ketika itu, memang tak sempatlah kak long nak berblogging. Syukur yang teramat sangat.

Kak long dapat adik semasa kak long berusia 4 tahun, jadinya puas jugalah bermanja dengan mak. Syukur , alhamdulillah ketika itu, makan pakai semuanya lengkap. Walaupun dah ada adik, manja tetap manja ..ehehehe. Semasa itu mak dan abah adalah segala-galanya.

Esok, insyaAllah sambung pengorbanan mak semasa kak long di zaman sekolah.

sila klik lagu di hujung blog ini untuk menambah mood menjelangnya Hari Ibu anda.

3 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

comelnya kak long hehe

noamee said...

itu k long yer...cutenyaaa

SELAMAT HARI IBU untuk mak kak long yer..semoga dia sihat selalu.

Kak Zue said...

CC dan Noamee-->muahahaha..comel ke? atau dogol..ehehehe.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin