Sunday, May 17, 2009

Mangsa Pecah Rumah

Minggu lepas, semasa balik ke rumah kampung, baru kami sedari rupa-rupanya rumah telah dimasuki pencuri. Ya Allah, masa ternampak pintu depan walaupun masih berpadlock, tetapi nampak longgar sebab kunci selak dari dalam telah dibuka. Apabila dibuka pintu, mak jeling ke kanan, sah..TV yg adik beli raya tahun lepas lesap. TV yg lama, yg anak2 sedara buat main game yang terletak di rumah tengah pun lesap..Uwaaa sedih gilerr. Bila diperiksa lagi, 2 buah kipas meja , sebuah vakum dan 2 biji tong gas pun turut lesap. Dalam hati dah menyumpah...iskk.



Kesian tengok mak yang macam terkejut sebab selama berbelas tahun rumah tu ditinggal2kan tak pernah terjadi kes sebegini tapi itulah dugaan Allah buat kami sekeluarga bertimpa2. Rupanya pencuri tu masuk ikut bumbung dapur dan kopak dinding rumah untuk buka selak pintu ke rumah tengah dan anjung. Jiran2 tak perasan sebab dia letak elok ajer pintu dapur yang dia dah pecahkan kuncinya tertutup.



Hmm..sabar ajerlah. Dah setakat itu ajer rezeki nak guna barang2 yang dibeli itu. Alhamdulillah ada sebuah kipas meja di dalam bilik kak long tak diambil dan begitu juga 2 buah kipas dinding yang tidak di bawa lari. Mungkin pencuri itu fikir susah nak tarik kipas dinding..

Polis datang malam itu juga tetapi bukan seperti dalam CSI, ada ambik kesan jari mahupun apa juga langkah2 penyiasatan, cuma soal jawab apa yg hilang, ambik beberapa keping gambar. Itu saja. Biasalahkan..kes kecurian dikampung bukannya kes high profile yang polis nak beriya-iya nak selesaikan. Berlambak kes kecurian di kampung yang sampai sekarang ni tak selesai.

Jangankan di kampung, kes pecah rumah jiran kak long tahun lepas pun tak ada tangkapaan dapat dilakukan. Pertamanya kes besar kemungkinan dilakukan oleh warga asing dan tidak ada usaha untuk ambik kesan cap jaripun.

Entahlah..susah nak komen salah siapa tapi biasanya salah terletak kepada tuan rumah nampaknya sebab komen yang diberi, kenapa tinggalkan rumah, kenapa itu? kenapa ini?.

Itu sebab ramai yang menjadi mangsa jenayah ini tak kuasa nak buat laporan sebab biasanya hasilnya hampeh kecuali kes high profile. Fikir-fikirkanlah...

6 comments:

arsaili said...

salam kaklong...semakin menjadi2 kecurian sekarang... sempena kegawatan ekonomi agaknya..ummmm

Kak Zue said...

salamm AR. Walau apapun alasan sang pencuri, kak long memang tak halalkan harta benda yg dah disonglap. Rasanya pencuri ni nak mudah dapat duit tanpa berusaha /bekerja.

~Cinta Cukulet~ said...

kak long, semoga bersabar ya..dugaan dari Tuhan, ada hikmahnya..:)

Cikgu said...

takziah kak zue.....memang kalu dah namanya pencuri, mana ada belas kasihan. JAngan di halalkan krn memang sah kerjanya tak halalkan! tapi bersabarlah, setiap musibah pasti ada hikmahnya kan!

zeqzeq said...

hhee sesiapa yg ada duit byk tu buatlaa remote BOM..bila dah 5 kali sehari pencuri hancurmasuk paper baru laa buka mata hee

*shay* said...

macam tu la kak...

orang sekarang semua nak xpress, tapi keje malas...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin