Bunga Api...


Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting



Dulu masa Kak Long dengan adik masih kecil, arwah abah selalu belikan bunga api. Bukan mercun tau...eheheh kak long takut dgn mercun. Dulu-dulu bunga api belum lagi diharamkan penggunaannya. Baru-baru ini ajer yang kerajaan haramkan sebab budak-budak kita especially yang melayu kreatif la sangat. Ambik belerang dlm bunga api ..kumpulkan serbuk belerang lepas tu jadikan bunga api yang lebih besar "power". Bukannya masa dulu tu tak ada kes budak-budak hilang jari , hilang penglihatan akibat bunga api atau mercun tapi beberapa tahun yang lepas semakin banyak kes , itu pasal kena banned bunga api dengan mercun.

Pada satu Ramadan kira-kira 24 tahun yang lepas, anak jiran kak Long di kuarters JKR Simpang 3, Bagan Datoh Perak, telah kehilangan 3 jari sebelah kiri kalau tak silap kak long akibat dari bermain bunga api. Bukannya dia main bunga api yang biasa. Dia dengan bijaknya cuba memampatkan belerang bunga api yang di kumpulkan ke dalam sebatang besi. Dia nak buat bunga api yang bila di bakar, percikan bunga api tu akan mengeluarkan percikan yang besar dari batang besi tu . Masa tu dah dekat waktu berbuka, terdengar letupan yang kuat sangat dan beberapa saat selepas tu bunyi orang menangis dan menjerit. Rupanya mak cik sebelah rumah tu dah menangis tengok jari anak dia Nan dah terkulai dan hancur.

Mujurlah adik kak long masa tu dah balik ke rumah utk berbuka. Sebelum tu dia kata dia memang jadi pemerhati proses pembikinan bunga api buatan sendiri tu..alhamdulillah syukur. Malam tu abah berbuka di hospital sebab abah tolong hantar Nan ke hospital Teluk Intan dengan kereta abah. Isk iskk esoknya Kak Long tengok penuh darah kain penutup kereta abah yang dibuat alas .

Dah tua-tua ni setakat tengok anak-anak buah main bunga api la , ehehe jadi pengawas gitu. Raya ni anak-anak buah beraya di rumah atuk mak dengan atuk ayah depa di Klang , jadinya malam raya nanti akan sunyila kak long sebab hanya ada mak di rumah...huwaaa..sedih sedihh . Walaupun hari-hari jumpa depa di sini tapi bila dah balik kampung, dan raya pulak mesti sedih sebab depa mungkin akan balik ke kampung raya ke 3. Masa tu nak main bunga api yang selamat cam "flying butterfly" tu dah tak meriah arrr. Apa-apapun semoga lebaran ini tidak banyak kes cedera akibat main bunga api /mercun /meriam yang terjadi, Amin...

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting



Comments

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah