Suatu masa -bahagian 7

Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada.

Pada ketika itu mak juga rajin membuat kuih raya yang pelbagai jenis. Biasanya abah yang akan membantu dan Kak Long ketika itu hanya pandai makan...huhuhu. Arghhh teringat betapa manjanya kak long ketika itu. Semua mak dengan abah yang sediakan. Baju Raya tak perlu dirisaukan. Pasti ada baju raya, baju kurung, gaun dan kasut baru utk kak long. Adik apatah lagi..semuanya lengkap.
Sejak abah pergi, hanya mak yang bersusah payah menyediakan semua untuk kami dua beradik. Setelah kak long bekerja dan sudah berdikari, mak dan kak long yang berusaha menyediakan persiapan untuk hari raya. Ketupat kami masak sendiri, kak long memasukkan beras dan menjaga api semasa merebus. Adik pulak kalau dia balik awal dari Uni ketika itu, dia akan mengambil alih tugas merebus ketupat.

Kak Long lihat, adik kak long telah mengikut jejak langkah abah kak long didalam menyediakan persiapan menyambut syawal untuk anak-anak beliau. Kak Long tak buat banyak kuih sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana adik dan adik ipar membeli kuih2 dan kak long hanya membuat 1-2 jenis kek kalau sempat semasa di kampung nanti.

Walau di mana juga kita merayakan Aidilfitri, semangat kekeluargaan amatlah penting. Ingatlah ibu dan bapa kita walau di mana juga kita berada.Pusara Abah akan kami kunjungi di pagi Aidilfitri.
Kekalkan tradisi di dalam menuju kemajuan. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ...
Comments