Suatu masa -bahagian 7


Hari Raya semakin hampir dan pastinya umat islam telah mula menyediakan persiapan utk menyambut syawal. Kuih dibuat, rumah di kemas, baju baru dibeli. Kak Long telah memulakan persiapan seperti membeli baju 2-3 bulan sebelum tibanya ramadhan. Semua persiapan kak long dan mak kak long yang sediakan sama ada utk rumah kak long di kesuma dan juga rumah pusaka di kampung. Oleh kerana setiap raya kami akan beraya di kampung, maka persiapan utk rumah kg juga harus dibuat. Minggu lepas kak long dengan mak dah balik kg , mengemas, mengemop dan meracun rumput di sekeliling rumah. Hari Rabu nanti bila kami balik ke kampung, cuma perlu masak dan memasang langsir. Lagipun adik dan adik ipar serta anak-anak , Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil, Nurdini dan Nu'aim akan beraya di kampung sebelum mereka beraya di Klang ( rumah mertua adik).

Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada. Seperti
juga di bulan Ramadhan, beberapa hari sebelum Hari Raya Abah telah mula sibuk mencari daun kelapa muda untuk dibuat ketupat dan abah akan menganyam kelongsong ketupat, mengisi beras ke dalam kelongsong dan kemudiannya merebus ketupat selama beberapa jam.

Pada ketika itu mak juga rajin membuat kuih raya yang pelbagai jenis. Biasanya abah yang akan membantu dan Kak Long ketika itu hanya pandai makan...huhuhu. Arghhh teringat betapa manjanya kak long ketika itu. Semua mak dengan abah yang sediakan. Baju Raya tak perlu dirisaukan. Pasti ada baju raya, baju kurung, gaun dan kasut baru utk kak long. Adik apatah lagi..semuanya lengkap.

Sejak abah pergi, hanya mak yang bersusah payah menyediakan semua untuk kami dua beradik. Setelah kak long bekerja dan sudah berdikari, mak dan kak long yang berusaha menyediakan persiapan untuk hari raya. Ketupat kami masak sendiri, kak long memasukkan beras dan menjaga api semasa merebus. Adik pulak kalau dia balik awal dari Uni ketika itu, dia akan mengambil alih tugas merebus ketupat.

Setelah adik berkeluarga, dia akan balik raya di kampung selang setahun bergilir beraya di rumah keluarga mertua di Klang dan hanya akan balik ke kampung pada raya ke 2 atau 3. Kalau dia tak balik ke kampung sebelum hari raya, hanya tinggal kak long dan mak yang berdua dan sudah pasti tidak semeriah bila ada adik dan keluarga adik bersama-sama terutama di malam dan pagi raya.

Kak Long lihat, adik kak long telah mengikut jejak langkah abah kak long didalam menyediakan persiapan menyambut syawal untuk anak-anak beliau. Kak Long tak buat banyak kuih sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana adik dan adik ipar membeli kuih2 dan kak long hanya membuat 1-2 jenis kek kalau sempat semasa di kampung nanti.

Walau di mana juga kita merayakan Aidilfitri, semangat kekeluargaan amatlah penting. Ingatlah ibu dan bapa kita walau di mana juga kita berada.Pusara Abah akan kami kunjungi di pagi Aidilfitri.
Kekalkan tradisi di dalam menuju kemajuan. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ...

Comments

Qaseh Bidadari said…
selamat ari raya to kak long...maaf zahir batin..
aria ayumi said…
samat ari raya kak long... maaf klw ade slh silap sblm ni... :)

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah