Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah..

****************
Saya terima ini dari seorang teman.Seperti satu peringatan.Mampukah saya jadi seorang teman sebegini? Meminjamkan bahu untuk bersandar,telinga untuk mendengar,meminjamkan masa untuknya dan menggembirakannya tika berduka?

Saya mohon agar saya dapat jadi teman yg sebegini dan teman saya juga mampu jadi teman sebaik ini tika saya memerlukan. Andai saya dalam kegelapan, adakah teman yang sudi memimpin tangan atau menyuluh jalan agar saya tak kesesatan???

Comments

Noushy Syah said…
Aghh..this posting is so meaningful Kak LOng...

It touched my heart and soul reading it...it's really true! Could I be a friend for a shoulder to cry on?

The truth is...anyone could be your friend, even someone that you meet on the street you'll refer to as a friend..but not all could be good friend...

...kawan bole didapati dimana2 tetapi sahabat sukar dicari...nescaya kita tak mau punyai kawan yang hanya melalaikan dan membuang waktu tak berfaedah semata2...
Juezura said…
Noushy-->Yer, memang sukar menjadi dan mencari seorang sahabat yang baik seperti yang diperkatakan di entri ini. Kak Long sendiri merasakan kak long bukanlah seorang sahabat yang baik kerana ada ketikanya kak long tidak dapat menunaikan permintaan atau menghulurkan pertolongan. Kita hanya mampu mencuba menjadi seorang sahabat kepada mereka yg mahukan kita menjadi sahabat.
PUTRAGABAN said…
Zura...sesiapapun tidak boleh menjadi sahabat yang terbaik. Namun cukup sekadar menjadi sahabat yang tidak membebankan sahabatnya. Seperti yang Zura kata tu, ada masanya kita tidak mampu atau tidak berdaya menunaikan hajat sahabt kita. Itu tidak bermakna kita bukan sahabat yang baik. Kitapun ada masalah tersendiri yang perlu dihadapi, difikirkan dan selesaikan. Orang yang sering tersenyum, ketawa dan girang, tidak bermakna dia tidak bermasalah. Ada kalanya ketawa dan keriangannya sebagai melindungi masalah yang bertimbun..
Juezura said…
Budin-->memang benar apa yg dikatakan oleh Budin. Tidak bermakna kita tidak mahu bersahabat hanya kerana kita tidak mampu membantu. Cukuplah sekadar menjadi seorang sahabat yang mendengar dan memberi pendapat.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah