Tuesday, September 09, 2008

Motosikal oh motosikal ...

Semenjak dua menjak harga petrol meningkat , kak long peratikan semakin banyak jumlah motosikal di jalanraya. Apabila berhenti jer di persimpangan , maka berderet-deret dan berhimpit2lah motosikal di celah2 kereta dan lori . Masing2 nak di hadapan. Cuba korang peratikan. Ada tak keadaan sebegini di tempat anda? atau mungkinkah ini hanya berlaku di lembah klang?

Bukanler kak long ni anti motosikal tapi memang takut jugak naik motor...ehehehhe. Apa yang kak long nak katakan ialah, ada di kalangan penunggang ini yang tak menghiraukan kenderaan lain, dia dok pulas minyak , ciluk kiri , ciluk kanan, ciluk tengah2 antara 2 lorong..iskkk iskk membahayakan diri weii. Kita ni semuapun kena lebih berhati2 di jalanraya sekarang ini. Iskk takut teman nengok..seriau. Yang bawak kereta , lori dan kenderaan lebih besar , kena lebih berhati2. Kita takut tergesel , tersenggol dan segala kemungkinan boleh berlaku apabila motosikal ini menciluk ciluk di celah kesesakan. Siapa yang susah? diri sendiri dan juga orang lain juga yang susah. Iyer ler...kalau dah accident, jalan sesak..orang nak pergi kerja jadi lambat ler..tak ke itu menyusahkan? Masa kat Bandung pun gitu jugak...motosikal memang banyak...siap ada motosikal jadi "teksi".

Naik motosikal tak salah tapi jagalah keselamatan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Jangan menunggang sesuka hati...

8 comments:

Suzi said...

salam...
saya kat adelaide ni jarang jumpa motor kat jln...blh kira dgn jari.dan biasanya pun motor besar tu...

Tie said...

Memang selalu tgk orang bawak motor dgn cara berbahaya..Kita pula rasa ngeri, takut jadi apa2 dpn mata..Malah pernah lihat sendiri penunggang melambung dilanggar kereta seorang pak aji di kota bahru kerana dia masuk line kanan tanpa lihat belakang..eee takutnya...Tapi dia boleh bangun dgn baju dah koyak rabak...org ramai suruh dia duduk..tak tahu kecederaannya...sbb hubby tak henti, jln sibuk sangat...

TEAM B.I.O.N.I.C said...

mmg tak hairan kalau mat motor mencilok cilok.. kekadang buat aku terpikir.. drg ni tak sayang nyawa ker? isk isk.... tak pun drg ni ada 7 nyawa....

~Cinta Milo Ais~ said...

jom kak long..kita merempit hehe...gurau je

Kak Zue said...

Suzi-->Kat Australia..penunggang motosikal kalau dia ada kat belakang bas..dia tak sibuk nak pi depan bas tu kan kalau berhenti di traffic light? ehehehe.

Kak Zue said...

Tie--> Memang ngeri. Hari2 k.long memandu dalam keadaan stress tambah pulak dgn adanya penunggang yg menunggang di tengah2 lorong tapi bawak slow..kena ikutttt dia la pulak.

Kak Zue said...

team BIONIC-->Kita tak pasti apa yang ada di fikiran mereka. Mungkin mereka tak sedar bahayanya.

Kak Zue said...

CMA--> Kalau merempit dgn basikal boleh ler ...ekekek dgn motosikal akak tak tahu bawak..ahaks

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin