Kenapa ada rasa sedih?

Hari ni ada sessi luah perasaan..saper tak nak baca...tak apa!!

1.Entri semalam adalah hanya utk suka2...dan penyedap hati utk orang2 yang masih single macam kak long. Bukan permintaan kami utk single selamanya. Kalau ada jodoh, maka berkeluarga jugalah kami. Kak long tahu ada di kalangan anda yang salah faham..berfikir yang kak long nak sangat single..bermati-matian nak single ...sokong sangat2 list yang ada di entri itu. Untuk pengetahuan korang hanya hati ini yang tahu...so please laa...don't judge a book by its cover only!!! Jgn kata anda yang telah berdua tidak pernah terfikir...adehh best jugak kalau masa sorang dulu...please laa ...jgn hipokrit.

2.Tak suka bila sangkut kat jem yang teruk sangat pada ramadhan kali ini . Semalam sangkut kt jem selama 1 jam di kawasan yang selalunya tanpa jem..tak sampai 5 minit boleh lepas...huwaaaaaaaa...sabo jer laaaaa tapi tetap rasa sedih ...bila laa projek highway KASEH tu nak siap !!! KASEHan laa kat kami ni hah...takkan nak pusing ke highway KL-seremban..masuk ikut Bandar bukit mahkota atau Nilai kut...huhuhuu...sana pun sesak gak.

Comments

arsaili said…
Jodoh pertemuan itu di tangan Allah, berdoa la moga dipertemukan dengan jodoh yg baik. Single atau bedua bukan masalahnya...org yg single tak semestinya single selamanya, yang dah berkawin pun tak semestinya kekal ke anak cucu. So, kita hanya mampu berdoa agar mendapat apa yg terbaik dalam hidup kita, agar lancar segala, tidak seperti mengalami kesesakan lalu lintas, jam sana sini..tidak lancar...my 2 cents
Anonymous said…
Kak LOng...

This is part of life, lessons in life said,do not fear with people's opinion,no matter what others still have own opinion..so not to worry chill out.

You deserve to be happy with your own way of life...be it single, double, regardless.

Happy iftar kak Long..

p/s kak Long rehatkan diri yea...hope bertambah sehat yea.
Anonymous said…
org kata, bahagia tu mcm pelangi. nmpk indah di atas kepala orang lain, tp bila kat atas kepala sdr, kita tak nampak. grass is always greener at other's side.

kadangkala kita tengok orang happy dgn hidup macam tu, kita pun nak juga, tp sebenarnya bila kita dah dpt hidup spt orang tu, kita baru rasa, oh, kenapa masih xhappy juga?

kebahagiaan itu ada dalam hati. ia bukan dibentuk oleh apa yg kita ada, tp apa yg kita rasa.

hehe. panjang plak bebel.

k long, kita nk blk kampung dah besok lusa ni. doakan kita yer.. kalo ada reski mana tau kot2 jumpa di mana2.

mmuuuaaahhhhsss!
Anonymous said…
Dolu2 masa tgh 'frust' menonggeng , pernah gak terfikir utk hidup membujang selamanya . Alih2 mak paksa kahwin , so terpaksa le ikut dan mungkin dah jodoh saya dgn suami . Hidup 'berdua' ni ada pro dan kontranya .Tambahan pula berkahwin dgn bukan pilihan hati . Jadi pandai2 le kita melayarinya . Kadang2 pada satu tahap sy rasa hidup bersendirian lebih baik , tetapi cepat2 beristighfar krn apa yang telah ditentukan oleh Allah swt ke atas kita ada HIKMAH disebaliknya yg tidak kita ketahui . Bersabar dan berdoa banyak2 kak long . Manalah tahu suatu hari nanti kak long akan dipertemukan dengan jodoh yang paling baik . Bukankah Allah swt telah mengatakan bahawa perempuan yang baik2 adalah untuk lelaki yang baik2 juga .

~ Ila ~
Juezura said…
arsaili -->terima kasih yer. Kak long hargai.
Juezura said…
Noushy--> thanks so much. Kak long faham. Noushy sendiri fahamkan keadaan kak long ni macam mana few months ago.
Juezura said…
Sitilina--> kak long amat2 hargai kata2 nasihat siti. Memang semuanya benar belaka.
Juezura said…
Ila--> terima kasih juga. Kak Long amat hargai komen dan pendapat Ila.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini