Suatu Masa - Bahagian 5


Kak long mendapat idea untuk menulis ini hasil dari komen yang Abang Long berikan didalam entri suatu masa - bahagian 4. Ianya adalah berkenaan air paip di zaman 70an. Tidak dapat dipastikan sama ada cara pemprosesan yang berbeza atau kerana sebab-sebab lain, kami yang meminum air terus dari paip air atau ayo pili org perak cakap itu , kami tidak jatuh sakit. Abang Long kat boleh gerenti..eheheh dan kak long akuinya. Dulu2 paip air dipasang di tepi jalan masuk ke kampung2 dan orang-orang kampung dari baruh atau penghujung kampung akan datang bergilir2 mengmbil air dan mengisikan ke dalam bekas2 air yang dibawa menaiki basikal mahupun sampan( ikut jalan air iaitu parit).

Agak payah utk dapat sakit seperti selsema dan demam apabila bermandikan hujan ketika balik sekolah ( naik basikal) atau pun sengaja mandi hujan,.huhuhu ( kak long tak ingat pernah buat ke tidak) ...ahahahah kena tanya mak lepas ni . ..alhamdulillah anak2 yang membesar di tahun 70an tidak mudah jatuh sakit. Bukan tidak ada yg sakit tetapi sakit "remeh temeh" macam selsema tu dulu2 amatlah kurang. Sekarang ni, dunia semakin moden tetapi kita sendiri pulak yang amat mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema. Tengok kat dlm peti sejuk..berderet botol bermacam jenis ubat.

Tidak seperti sekarang ini, walau ditapis dgn alat penapis yang harganya boleh tahan juga tingginya tidak menjanjikan air yang ditapis itu bersih 100%. Air mesti di masak juga.Nak buat macam mana ek?? Kalau kak long minum air yang dijual di pasar2 malam atau pasar pagi , kadangkala memang akan terasa tersumbat hidung tanda selesema menyerang dan kak long tahulah , mesti makcik yg jual tu tak guna air masak tapi guna air dari paip jer kut..huhuhu nak untung niaga la katakan.

Apakah yang menyebabkan perubahan ini? adakah pencemaran yang semakin berleluasa ataupun cara hidup kita yang telah jauh berbeza dari zaman itu atau ada sebab-sebab lain?

Semasa melawat Winnipeg kira2 9 thn lepas, kawan kak long ( x student kat tempat kak long bekerja sekarang) minum air terus dari tap jer...depa kata terjamin bersih. Standard pemprosesan air jauh berbeza ke dengan di sini?? macam mana dengan di UK dan NZ atau di Australia?
Apa komen dan pendapat anda??

Comments

Anonymous said…
ini lah manusia.. mudah lupa.. hmm
Anonymous said…
Dolu lain , sekarang lain kak long . Zaman dolu2 orang yg memiliki kenderaan bermotor di kampung2 blh dikira . Kilang2 pun payah nak jumpa . La ni , menderu2 dan bersepah2 mcm cendawan tumbuh. Pencemaran udara, air, dan bunyi semakin berleluasa menyebabkan kualiti air dan udara tdk spt dolu lg , atau kemungkinan org skrg manja2 sgt kut tak spt org dolu2 yg tahan lasak . Wakakaka.....

~ Ila ~
Abang Long said…
Diluar rumah ada satu penapis, yang bersambung dengan meter. Didalam rumah ada satu lagi penapis. Kemudian air itu dimasak. Tetapi bila dibancuh susu didalam botol dan diberikan kepada anak yang masih menyusu. Dapat kembung perut.
Noushy Syah said…
KakOng,

In UK we never boiled water to drink! It's all straight from the pipe..Tap water is usually a better alternative to bottled water...and it taste good than bottle water, pretty safe too.

p/s I dunno in Msia but here,bottled water companies are not regulated for safety or purity. And the environmental waste resulting from the bottled water craze is horrific.
Juezura said…
Ila --> betul cakap Ila tu. Pencemaran menyebabkan kualiti udara dan air menjadi semakin buruk.
Juezura said…
abang long-->tak tahulah nak kata cam mana lagi yer. Segala yang termampu kita lakukan utk mendapat hasil yang terbaik masih menjadi bukan yang terbaik. Mungkin juga puncanya dari kita sendiri.
Juezura said…
Noushy-->kak long sendiri tidak pasti sama ada air yang dibotolkan itu menepati standard yang ditetapkan tetapi memang ada kelulusan dari Health Ministry dicop di botol. Bilalah agaknya kita akan rasa selamat dengan meminum air terus dari paip.
Anonymous said…
my environment lecturer ckp, mmg kualiti air paip d M'sia sgt tidak bagus. even kalo kita rebus pon kalo x filter dulu, mmg ada risiko dia. dia kata bole sebabkan kerosakan fetus or samting mcm tu lar.

& dia penah duk US, kt sana dia ckp tap water mmg lain ngan kat sini. rasanya 'manis'. selamat diminum terus.

:)

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah