Suatu Masa - Bahagian 5
Kak long mendapat idea untuk menulis ini hasil dari komen yang Abang Long berikan didalam entri suatu masa - bahagian 4. Ianya adalah berkenaan air paip di zaman 70an. Tidak dapat dipastikan sama ada cara pemprosesan yang berbeza atau kerana sebab-sebab lain, kami yang meminum air terus dari paip air atau ayo pili org perak cakap itu , kami tidak jatuh sakit. Abang Long kat boleh gerenti..eheheh dan kak long akuinya. Dulu2 paip air dipasang di tepi jalan masuk ke kampung2 dan orang-orang kampung dari baruh atau penghujung kampung akan datang bergilir2 mengmbil air dan mengisikan ke dalam bekas2 air yang dibawa menaiki basikal mahupun sampan( ikut jalan air iaitu parit).
Agak payah utk dapat sakit seperti selsema dan demam apabila bermandikan hujan ketika balik sekolah ( naik basikal) atau pun sengaja mandi hujan,.huhuhu ( kak long tak ingat pernah buat ke tidak) ...ahahahah kena tanya mak lepas ni . ..alhamdulillah anak2 yang membesar di tahun 70an tidak mudah jatuh sakit. Bukan tidak ada yg sakit tetapi sakit "remeh temeh" macam selsema tu dulu2 amatlah kurang. Sekarang ni, dunia semakin moden tetapi kita sendiri pulak yang amat mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema. Tengok kat dlm peti sejuk..berderet botol bermacam jenis ubat.
Tidak seperti sekarang ini, walau ditapis dgn alat penapis yang harganya boleh tahan juga tingginya tidak menjanjikan air yang ditapis itu bersih 100%. Air mesti di masak juga.Nak buat macam mana ek?? Kalau kak long minum air yang dijual di pasar2 malam atau pasar pagi , kadangkala memang akan terasa tersumbat hidung tanda selesema menyerang dan kak long tahulah , mesti makcik yg jual tu tak guna air masak tapi guna air dari paip jer kut..huhuhu nak untung niaga la katakan.
Apakah yang menyebabkan perubahan ini? adakah pencemaran yang semakin berleluasa ataupun cara hidup kita yang telah jauh berbeza dari zaman itu atau ada sebab-sebab lain?
Semasa melawat Winnipeg kira2 9 thn lepas, kawan kak long ( x student kat tempat kak long bekerja sekarang) minum air terus dari tap jer...depa kata terjamin bersih. Standard pemprosesan air jauh berbeza ke dengan di sini?? macam mana dengan di UK dan NZ atau di Australia?

Apa komen dan pendapat anda??
Comments
~ Ila ~
In UK we never boiled water to drink! It's all straight from the pipe..Tap water is usually a better alternative to bottled water...and it taste good than bottle water, pretty safe too.
p/s I dunno in Msia but here,bottled water companies are not regulated for safety or purity. And the environmental waste resulting from the bottled water craze is horrific.
& dia penah duk US, kt sana dia ckp tap water mmg lain ngan kat sini. rasanya 'manis'. selamat diminum terus.
:)