Thursday, March 15, 2007

Boleh ke Tak Boleh?

Lebuhraya utara selatan

Hujung minggu ini cadangnya nak menghantar anak saudara Kak Long balik ke asrama. Masalah sedikit sebab bukannya asrama dia di area lembah Klang tetapi nun di Balik Pulau, Pulau Pinang. Eheheheh...adehh dalam pada rasa berani nak memandu ke sana nun, ada juga rasa curiga dengan diri sendiri. Mampu ke? boleh ke ? Bukannya apa, Kak Long memang tak pernah memandu sorang-sorang sejauh itu. Sebelum ini dok tumpang kereta orang jer...ahaks. Kali ini rasanya nak mencuba sendiri . Sudahlah pertama kali ke Penang, terasa cuak ..takut sesat ...ahahahha salah satu dari perkara pelik pasal diri kak Long.

Kak Long kena balik ke Perak terlebih dahulu sebelum ke Penang. Nak tempah bilik di Seri Malaysia, Bayan Baru untuk hari Sabtu ini, dah penuh la pulak. Kalau pergi hari Ahad, mesti penat sebab nak balik semula ke KL pada hari yang sama. Hotel Vistana pulak di Jalan Bukit Gambir...senang ke nak cari tempat ni?? Bila tengok map...wahhh cam berselerak nama jalan..adushhh.

Agak-agak jauh ke dari area Bukit Jambul nak ke MRSM Balik Pulau tu hah?? adeh...boleh ke tak boleh pergi ni ?? nak ke tidak?? isk iskkk....keyakinan telah tergugat bila "dia" kata "jauh tu..nak memandu sorang2 ke?".
cuba jer laa ......tak cuba tak tahu.


Jambatan Pulau Pinang yang bakal di lalui

4 comments:

H@iRiE said...

Eee anak buak Kak Long belajor kt MRSM Balik Pulau ya...Abg saya pun belajar kat situ dulu.Belakang asrama dia ada dusun durian.Kalau musim buah durian Abg selalu pi curik buah kat dusun tu.Sekarang tak tau la macam mana keadaan kat situ lagi.

Zura@Kak Long said...

uikss..ye ker?? abang Hairie mesti pandai jalan area situkan?? eheheh ni la kak long nak tengok ada ke tidak buah durian ..tp tak baik tau curik2..dosaaa..

sayda said...

pastu cane ni..berani dak??
xkn g sorg kut..ajak la teman ke..

sayda pun nk buat fear factor cuti easter ni..nk g jln round north island ngn kete.. 2 weeks lak tu..sume girls..huhu..xtau la jadi ke dak..

Zura@Kak Long said...

InsyaALLAH Kak Long akan pergi dgn mak dan akak sepupu kak long

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin