Apabila kelopak mata bergerak-gerak

Hari ini hujan turun dengan lebat diselang seli dengan kilat petir dan guruh yang sambar menyambar. Pada ketika ini juga kelopak mata yang bergerak-gerak sejak minggu lepas ( kejap2 ilang..kejap ada) berhenti sudah. Harapnya tidak lagi berulang "eyelid twitching" ni. Iskk rimas..sampai rasa berair mata. Tadi tengahari kak long urut kelopak mata dengan perlahan seperti yang diusulkan oleh sebuah artikel dari internet dan alhamdulillah hilang pulak rasa tak selesa tu. Menurut artikel itu lagi, keadaan muscle dikelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.Ada juga kebenarannya kerana mak kak long yang keletihan melayan Nu'aim juga sejak akhir2ini mengadu kelopak mata dia bergerak2. Kak Long ada tanya dengan pensyarah dari fakulti perubatan . Doktor tu kata mungkin juga sebab stress atau letih menyebabkan keadaan ini terjadi tetapi dia cadangkan akak pergi buat pemeriksaan mata dan makan ubat "neurobion" kalau masih mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak2).

Orang kata kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh. Ada juga yang kata nak dapat berita baik. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis . Apapun semuanya ketentuan dari Allah, semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi.Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik2 sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik.

Comments

Noushy Syah said…
Salam Kak LOng...how's work? Better today-hopefully!

Yeap,maybe you are too tired as well..and stress.Hope things are OK yea Kak LOng.

Too much straining to the eyes also can cause twitching of the eyelids.

Take care Kak LOng.
MiSzEniGmA said…
salam kak zu..

oo..kalau kelopak mata tu gerak, stress eh?err..sy rs, sy xla stress sgt, tp die dok gerak gak! tp kalau kelopak kanan yg twitching, ade hal yg akn bt sy sedih a.k.a nangis..uhuhu..slalu jugak jadi..mungkin kebetulan..sumenye kuasa ALLAH swt kan?
Mersik said…
Nak jumpa oang jauh? Huu huuu botul la tuu kak long.. Hah, jgn lupa gii pesta buku weekends ni..

Oang jauh dtg ni kekekekek
Juezura said…
Noushy-->iyerla tu agaknyer sebab selalu sgt renung pc ni kut ...eheheh.
Juezura said…
Miszenigma-->Nurul..salam kembali. Itulaa selalu terjadikan yang org tua2 tu katakan..tp mungkin kebetulan sahaja...dan mungkin juga benar pendapat saintifik pasal perkara ni.
Juezura said…
Mersik-->ahahaha memang jauhpun !!! kalau kita pergipun kita tengok dari jauh jer laa org2 glamer ni ..takut teman nak dekat..ekekek

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah