Monday, July 14, 2008

Macam Mana ?

Apa nak buat kalau kita pinjamkan duit kepada kenalan tapi bila kita memerlukan kembali duit tersebut, dia buat diam jer. Bila ditanya, diam juga. Bukankah sepatutnya kalau kita tak ada duit nak pulangkan, kita akan mintak maaf dan mungkin akan kata, "boleh tak saya bayar sikit2"?

Yang peliknya walau tak ada duit, ambik jugak order org yg nak buat makan2, katering la kononnya tapi pakai duit sendiri dulu..claim kemudian. Iskk...duit org yg dia pinjam tak pulangkan...sebaliknya dia buat modal pusingan ke?


Sebenarnya kita tak redhakan pun duit tu dipinjamkan kat orang tu, sebaliknya orang yg diamanahkan untuk menyimpan duit itu bagi kat org tu sebab kesian org tu tak ada duit nak bayar yuran universiti anak dia...hmmm entahlah betul ke tidak.


Hmm...apa perlu dilakukan? redha jer ke? terus menanti? sedangkan diri di dalam keadaan memerlukan ? Kalau seringgit dua ..okey la jugak..boleh halal jer.

12 comments:

PuteriSatu said...

salam kenal kak long...

Memang betul....klu orang berhutang ngan kita..nak mintak balik...dah jadi serba salah...seharusnya orang yang berhutang kena fikirkanla balik hutang perlu dilunaskan...tanpa perlu diminta...

masni qisrine said...

tak baik betol org tu bt camtu
dh mintak tlg
jgn la buat2 lupa pulak
kesian kt org yg menolong tu...

nora bahari said...

erk..
susah juga kalau jd mcm tu kan..
serba salah dibuatnya...

Tie said...

Memang susah.. tapi kalau zura betul2 perlukannya buat sembahyang hajat, biar dia kepanasan. Ayah Tie pernah buat begitu bila ditipu orang. Org tu susah payah memulangkannya.

Kak Zue said...

Puterisatu-->Itulah susah bila pinjamkan duit kat org ni..Payah nak percaya lagi.

Masni & Nora ---> memang serbasalah jadinya.

Tie-->InsyaAllah Zue akan cuba buat solat hajat tu .

Abang Long said...

Inilah yang memeningkan kepala. Apatah lagi, ada yang buat muka selamba, seolah - olah tak ada apa apa hutang.

umi_e said...

salam kak long... janganlah mengharap lagi... halalkan je lah :)

* esok2 kalau dibayar balik, terima dengan kesyukuran :)

~Cinta Milo Ais~ said...

erm...doakan semoga orang tu terbuka hati nak bayar hutang
p/s:kak long saya dah balik bumi hehe

Kak Zue said...

abang long-->itulah yg buat kita payah nak bagi org pinjam duit kecuali sebab kita pun jenis tak berduit jugak kdgkala tu.

kak e--->memang susah nak dihalalkan sebab duit tu banyak.

MiloAis-->itulah, moga dia tak buat bodoh jer sampai bebila.

nuu_OL said...

ermmm susah la bab bab pinjam2 duit ni kan kak..tapi kalau dah susahkan sngt hati kak long, akak redhakan ajela duit tuh..insyaALLAH, rezeki yg lebih bayk akan menyusul

Noushy Syah said...

Sikit boleh lah halalkan, kalau banyak,rasa2nya bukan senang, sebab jika nak halal pun kena ikhlas kalau setakat bibir yg mengucapkan halal tapi hati tak bermakna..lebih baik kalau banyak minta dia bayar setidak2nya beransur2, right Kak Long?

Kak Zue said...

Noushy--> You are right!! Memang susah hati kita ni nak menghalalkan sebab duit tu banyak jugaklah. Kalau kita takkan jumpa orang tu tak mengapalah jugak, mungkin boleh putus asa tapi esok2 mesti terjumpa jugak walaupun dia kat kampung, masa tu mesti sakit hati jugak. Yang buat sakit hati tu sebab dia tak mintak maafpun.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin