Thursday, November 23, 2006

Tertinggal...

Saja nak kongsi cerita lawak ini dengan semua...

Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk
membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok.


Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.

Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas
empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.

Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menhhisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia a kan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.

Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran
mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri
upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.

Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji
untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 30 jenama rokok berlainan jenis yang terdapat diserata dunia, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya.

Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.

Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara
dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir.

Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.

Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain,
terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut,wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila
Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah sambil menjerit "


Pinjamkan aku lighterrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook
Bodooooooooooh!!!!!!"? ?? ? ? ? ..

moral of the story: Always prepare a check list ...ehehehe.

1 comment:

Abang Long said...

hahahahahihihihihuhuhuhuhhehehehehehehehehehehehehehehihihihihuhuhuhuu
aduh sakit perut abang long dok tergelak .... berdosa tau buat orang gelak tak boleh berhenti !!! rokok banyak, nak hisap tak boleh, lighter tak dak .. kekekekekekekekeke ....huh ...sampai keluaq air mata aku !!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin