Kisah Kawad & Masuk Hutan - Bahagian 2

Meh kita sambung cerita pasal masuk hutan hari ini.
Photobucket - Video and Image Hosting Seramai lebih kurang 40 orang ahli PBSM menyertai kursus kepimpinan peringkat ke 2 tersebut. Latihan peringkat ke 2 ialah di Kem Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson. Nama jer latihan di Kem..tapi kami semua berkhemah di kawasan hutan di luar kawasan kem tersebut. Aduh mak! Itulah pertama kali Kak Long berkhemah di kawasan hutan. Perasaan semasa itu?? Takut ada, terujapun ada juga. Maklumlah, semangat dapat selesaikan latihan berkawad masih tersemat di hati…ehehehehh.
Senior dan jurulatih seramai 2 orang dengan bantuan ahli-ahli lain mendirikan khemah untuk ahli lelaki dan perempuan. Kami ditugaskan untuk pelbagai aktiviti termasuklah jadi jaga , tukang masak dan lain-lain.

Pada satu malam, Kak Long ditugaskan untuk menjadi pengawal di kawasan khemah. Shift kak long kalau tak silap masa itu ialah dari tengah malam ke subuh. Sedang lena tidur, kak Long di kejutkan seorang senior untuk bertugas. Semasa peringkat awal berjaga, masih cergas lagi. Mata melilau melihat sekeliling kawasan khemah yang gelap. Sayup-sayup terdengar desiran air laut dan salakan anjing. Sesekali terdengar suara jurulatih dan senior bersembang di kawasan yang agak jauh dari kawasan kak long bertugas.Kak Long tersedar bila ada senior datang buat rondaan. Adehh…rupa-rupanya kak Long terlelap sambil duduk. Eheheheh konon jadi jaga tapi boleh tertidur sambil duduk. Wah!! berjaya juga jadi pengawal di dalam hutan sendirian…eheheh.

Aktiviti repelling and abseiling dan berjalan di atas tali dari pokok ke pokok berjaya kak Long lakukan. Aktiviti kawad tetap berjalan seperti biasa di waktu pagi selepas bersarapan…ehehehe. Bab lari dalam kawasan perkhemahan itu adalah sesuatu yang mencabar sebab banyak akar-akar pokok hutan. Ada sekali itu, kak Long tersungkur sebab terseradung akar pokok. Aduhh! Tersembam cam nangka busuk jatuh dari pokok…ekkekeke. Malunya bila jurulatih dok pekik “ woittt..apasal boleh jatuh tu tak ada angin tak ada ribut, boleh tumbang...”.

Aktiviti berjalan diwaktu malam sambil tutup mata memang menyeronokkan. Kami dikehendaki berjalan menyusuri tali yang telah diikat oleh senior dan jurulatih. Berjalanlah kami tanpa mengetahui arah mana kami berjalan. Panduan kami cumalah tali tersebut. Rasanya jauh jugak berjalan tapi bila dah dibuka ikatan mata, baru perasan, rupanya tali tersebut di ikat di sekeliling kawasan perkhemahan sahaja…ingatkan jauh ke dalam hutan sebab masa berjalan banyak kali kaki terlanggar akar pokok dan tunggul kayu. Selepas itu, kami di pisahkan dan aktiviti kali ini ialah duduk sendirian di satu kawasan hutan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan. Yang peliknya masa itu, Kak Long tak ada perasaan takut…ehehehe berlagak “confident”.

Ada sesiapa yang pernah mengharung Lumpur di kawasan paya bakau ? Ya..salah satu aktiviti semasa kem bina semangat itu ialah berjalan di kawasan paya bakau. Kami berkawad ke kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 1 km dari kawasan perkhemahan. Kak Long adalah diantara mereka yang terakhir masuk ke kawasan paya. Oleh sebab itu, laluan dah banyak yang berlubang-lubang dipijak oleh mereka yang sampai lebih awal. Ya Allah!! Susahnya berjalan di kawasan paya . Bila dah terpijak kawasan yang lumpurnya tebal, nak angkat kaki dan bergerak ke hadapan amatlah payah. Kak Long dah mula rasa menggelabah sebab tak ada orang lain yang bersama dengan kak long semasa itu. Ahli yang lain dah berada jauh di hadapan. Dalam susah payah nak bergerak , boot pulak tertanggal dan tertinggal di dalam lumpur…uwaaaaaaaaaa tolongg!
Mujur ada seorang hero datang menyelamatkan heroin ini…ceh wahh…ehehehehe. Kamal, seorang ahli dari kampus JO berpatah balik dan membantu menarik tangan Kak Long keluar dari kawasan paya bakau tersebut. Sebaik sampai di tepi jalan besar, semua ahli bertepuk tangan. Ahahahah berjaya juga Kak Long mengharungi cabaran walaupun terpaksa di bantu…ihiks

Pengalaman menyertai kem kepimpinan dan bina semangat tersebut amatlah bernilai. Kita boleh menilai kemampuan diri dan semangat “boleh” tetap tersemat di hati.
Cuma jangan masukkan Kak Long dalam air yang dalam seperti laut, sebab Kak Long memang akan panik …phobia….ehehehehhe.

Photobucket - Video and Image Hosting

Comments

Anonymous said…
Kak Long, bestnya....kenangan manis tu tak kkan ilang kecuali otak kita dah intall baru..hehehe...
Anonymous said…
Dah 5 tahun pakteh tak masuk hutan (perkhemahan di hutan). Memang seronok.
Anonymous said…
Best la aktiviti cam tu.Tapi aku pernah terseliuh kaki masa join kursus pegawai tanpa tauliah PBSM di Sungai Tekala,Hulu Langat.Dapat rilek.Tak payah kawad.he..he..he..
Juezura said…
Jie~~~memangg kenangan manis bila dikenang semula. Semasa buat tu rasa peritt Oooo...ekekekk

PakTeh~~~kita lagi la lama ...sejak kuar ITM berbelas tahun dah tak gi camping ...ehehehhe

Hairie...Uiksss..kat Tekala ke?? ehehe dekat ler dgn umah kita tu ...kak long dapat ler jadi corporal jer lepas kursus tu ...ahaks

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah