Belajarlah menulis di atas pasir

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir: Hari ini, sahabt baikku telah menampar mukaku. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabtnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.

A bertanya: “ kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata: “ Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.



Comments

Noushy Syah said…
Kak LOng mmg memaafkan sebarang perselisihan itu dituntut namun untuk melupakan adekala it takes our nerves really!! Bole memaafkan tapi sukar untuk melupakan!!!
Abang Long said…
ya, abang long bersependapat dengan noushy, tapi dari segi biologi, orang lelaki pula sukar memaafkan, tapi mudah melupakan.... hmmmmm
Anonymous said…
Noushy & abang Long, sebenarnya kak Long seorang yang amat payah memaafkan orang yang melukakan hati kak long. Untuk melupakan sesuatu peristiwa yang pahit itu juga amat payah dan rasanya tak mungkin dapat dilupakan.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah