Isnin Yang...

...mengejutkan !!

sebabnya tetiba jer belumpun pukul 12 tghari, panel dari lembaga farmasi dtg buat lawatan. Tahun2 sebelumnya mereka akan datang melawat pada hari ke 2 ..so kami tak prepare apa benda pun la sbb tahun2 macam tu jugak . Kebetulan hari ni kaki kak long mmg masih capek lagi...so terpaksalah kawan kak long yang temankan panel pi tengok buku2 di tingkat atas.

...memenatkan!!

sebabnya kak long kena letak kereta kat atas bukit...agak jauh dari blok kak long bekerja ni..jadinya mengah2 dan berpeluh2 ler jugak bila kena naik tangga dan berjalan dlm 300 meter ke tempat letak kereta ..huhuhu.

Sebelum tu, 3 kali kena turun naik ke blok sebelah sebab kali pertama turun lupa nak bawa sijil cuti sakit utk hari jumaat nak suruh bos tandatangan. Pukul 2, kak long sekali lagi turun utk hantar dokumen yg salah seorang panel yg dtg pagi tadi tu nak tapi kak long lupa lagi nak bawak sijil cuti sakit tu ...aduhhhhhh!!!

...melegakan!!

Akhirnya pukul 4.30 tadi kak long akhirnya dapat jumpa bos dan bos tanya " feeling better?" kak long tak jawab..tunjuk isyarat tangan jer ..."so-so" lepas tu jawab lagi "my hypertension is ok but my leg not okey"..then terus keluar selepas bos kata " thanks Zu for a good job" aduhai..lega sikit hati .. kak long jawab " thanks Boss ".
Sekarang ni kak longmengadap blog sambil minum milo...eheheh rehatkan minda kejap..esok akan bermula lagi episod "busy". Operasi punggah, pilih, buang, susun , turun naik tangga dan macam2 lagi akan bermula utk 2 hari yang akan datang!!! fuhhhh

Comments

Noushy Syah said…
AT the end of the day, a simple soothing words--that's all we need to boost our spirit..you've done a good job!!

...same goes to saying hi, how are you, are you ok, feeling better sort off,that "lil thing" but means a lot that will influence our whole day!

Sbb tu mulakan hari kita dgn kata2 yg menyenangkan sipendengar....apatah lagi jika disertai dgn senyuman ikhlas...

So how are you today kak LOng...xbole arr nak cembang2 ni sbb Kak LOng bz...
Orked said…
Kaklong,

Apa khabar hari ni? Moga cepat sembuh ye

kaklong nak tanya...kat mana ye kita boleh dapatkan buku yang orang dah tak nak atau org nak derma ...nak cari buku untuk Pusat Sumer sekolah anak kakjie.
Juezura said…
Noushy

Kak long busy hari ni ..letih sungguh ...ehehehe. But thanks very much for your concern dear :)
Juezura said…
Kak Jie

Kak Long tak berapa pasti di mana kita boleh dapat buku2 terpakai atau buku2 secara percuma. Tetapi dulu masa saya praktikal, kami pernah memohon daripada penerbit tempatan seperti Fajar Bakti dll utk dapatkan sponsor buku2. Dewan Bahasa dan Pustaka juga mungkin boleh membantu. Maklumlah penerbit2 ni dah tentu ada buku2 yg diterbitkan tp tk terjual..so boleh la try buat permohonan bertulis atau panggilan telefon ke penerbit2 ini.
sd. said…
mak aih.bagus tu untuk exercise kaklong.hehe.

pe2 pun jaga diri k.

skang ni kaklong under boss lama ke baru?musykil sayda.

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah