Ceritaku...ceritamu

Dah lama tak jenguk blog ni dan juga blog Shah. Bukan apa ...sejak membaca balasan email dari Shah , sebaris ayat itu juga yang membuat hati terluka dan bersedih. Tak sanggup membaca seandainya ada luahan hati Shah..mungkin jugak tiada tapi Ju menjauhkan diri. Ju sedar siapa Ju sebenarnya.

Bila Shah mendiamkan diri , Ju turut mendiamkan diri , tak mahu mengganggu orang yang tak sudi. Walaupun keliru dengan apa yang terjadi ...secara tiba-tiba Shah berubah, Ju tetap cuba memahami.

Hari ini, Ju teringat kat Shah...bukannya selama 2 minggu lebih kurang ni Ju tak ingat kat Shah...tapi hari ni Ju cuba menghubungi Shah..tak tahu di mana dia berada. Nak call ofis, takut nanti menganggu ..serbasalah. Selama ini pun Shah memang tak nak orang lain yang ada hubungan dengan dia tahu pasal Ju. Tak mengapalah.

Bila call ..tetiba putus, terasa dia reject my call tapi Ju hantar gak sms. Sekadar bertanya khabar. Shah jawab dia di Madinah. Mungkinkah dia menunaikan umrah agaknya. Alhamdulillah.

Syukur sebab Shah masih sudi menjawab sms dari Ju. Walau apapun, Ju sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga , sahabat serta kenalan di mana juga mereka berada temasuklah Shah. Semoga Shah masih ingat akan permintaan Ju di dalam email terakhir dari Ju tempoh hari.

Boss panggil utk evaluation appraisal...terasa stress lately membuatkan keje kurang memuaskan. Anyway...good luck to me ...

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah