Thursday, February 09, 2006

Hari Asyura : Fadhilat-fadhilatnya

السلام عليکم ورحمة الله وبرک



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari
Asyura (10 Muharram, bersamaan Khamis, 9 Februari 2006)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami &
isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam
kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman
dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari
Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan
Kepada Yang Lain-Lain.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin