Wednesday, August 01, 2007

Di Sebalik cerita Senyum itu...


Apabila kak long membaca entri di blog noushy tentang senyuman, kak long teringat satu peristiwa petang semalam ketika kak long hendak balik dari tempat kerja.


Ketika kak long di dalam kereta dan mula bergerak dari tempat meletakkan kereta, ramai pelajar sedang melintas jalan dan kak long pun memberi laluan kepada mereka. Ketika itu juga, ada seorang staff dari science lab menghampiri laluan pejalan kaki, kak longpun dengan rela hati senyum pada dia ..aduh malang sungguh, dia buat tak tahu jer. Muka masam mencuka, termalu kak long bila dia buat macam itu. Agaknya dia tak nampak kut yang kak long senyum pada dia..mungkin dia fikir kak long senyum dengan tembok ...ehehehe. Nak kata tak kisah tak boleh juga, telah banyak berlaku kes semacam ini. Mungkin kali ini kak long di dalam kereta dan dia tak perasan walaupun tinted cermin kereta taklah segelap mana...ehehehe.


Di sini, ramai staff dari pelbagai kaum, tetapi yang buat rasa terkilan itu, bila ada muka-muka baru (orang melayu) di uni ini yang seperti buat endah tak endah apabila bertembung dengan staff lain. Bukannya ramai sangatpun bumiputra di sini tetapi mereka-mereka ini kak long tak fahamlah!! sekurang-kurangnya bila orang dah senyum tu , walaupun tak kenal, balaslah senyuman itu...bukannya kena bayarpun. Bukan kak long seorang yang perasan akan hal ini tetapi kawan kak long di satu jabatan juga merasakan begitu. Kalau dulu, kami kenal setiap staff , terutama yang ramah, tetapi ini,, setakat kenal nama pun ada sebab kak long akan register nama staff-staff baru di dalam system library.Rasa kelakar pun ada sebab kadang2 itu, bila ada yang dah resign pun kak long tak perasan . Memang mustahil utk mengenali semua 300 lebih staff yang ada tetapi beberapa kerat orang melayu yang ada pun tak nak buka mulut ataupun sekurang-kurangnya secebis senyuman...apa nak dikata lagi yer tak?? bukan boleh diajar dan dipaksa.

Orang-orang yang macam ini biasanya tidak akan bertahan lama di sini. Kak Long dah 15 tahun di sini, hampir 16 tahun dan kak long perhatikan, kalau seorang staff itu tidak "give and take", datang kerja pukul 9, balik pukul 6, tak boleh langsung kalau kena stay back sikitpun , mulalah membebel..risau resah gelisah...hmm memang tak akan lamalah dia di sesuatu organisasi.

Dari pengalaman kak long , kita tidak boleh berkira sangat dengan waktu kerja kita kerana kita tidak akan rasa gembira dengan apa yang kita lakukan. Kalau ada kerja yang memerlukan kita balik lewat sedikit, teruskanlah kalau tidak ada apa-apa urusan penting lain kerana kerja kita itu juga penting. Janganlah bila nampak sahaja jarum jam pukul 6, berdesupp hilang dari pejabat, tinggalkan kawan-kawan yang sedang meneruskan kerja. Kak Long kalau dapat staff yang macam ini, memang makan hatilah!! Hilang rasa respek dan kak long akan rasa tak selesa nak tolak ansur dengan orang yang seperti ini.

Jangan lupa utk senyum kepada bos anda, rakan-rakan sepejabat atau sebangunan ataupun sekampus dengan anda hari ini dan hari-hari seterusnya. Senyuman anda itu mungkin adalah senyuman yang pertama di terima oleh mereka hari ini.

Banyak lagi isu-isu di pejabat ataupun organisasi yang boleh diperkatakan..apa kata anda?? boleh kita berkongsi cerita.

6 comments:

Abang Long said...

dimana - mana pun pasti ada orang yang berperangai sebegitu ... kalau tak, takkanlah kerajaan sampai keluarkan DUIT RAKYAT untuk mendidik RAKYAT supaya mengamalkan budaya SENYUM.

noushy syah said...

kak Long...

Takpe, kak long just keep smiling,it benefits you...maybe lama2 dia akan belajar senyum dengan sendirinya.Yang pasti on your part keep smiling and make it as your habit...this is part of kempen berbudi bahasa jugak kiranya nih..secara tak langsung Kak Long telah menjalankan satu tanggungjawab yang baik...

Cam abang long cakap tuh, memang betul, dimana2 pun ada sikap orang yg camtu kak Long...kita tak boleh mengubah perangai seseorang namun kita boleh bagi contoh jika mereka mahu dengan kita terus mengamalkan perbuatan tu kan...just remember, it took years and years to built great wall of China!!

p/s It's a habit for my boss to have his lovely smile with cuppa in the mone to greet all of us on duty!! And it really boost our spirit for the whole day and looking forward to work day after day!! Such a happy atmosphere at work that workloads tak terasa..with just a smile and greetings to start the day with!!

Merakemas said...

Kak Long.....ngehhhhh(senyum dulu nih....) Agak nyer member kak long tu datang bulan ari tu.....hehehehe....tu yang dia tenyum pun tak de mood....heheheheh lawak jer.....

Equilibrium said...

kalau yg jenis susah/ malu nak senyum cam saya nie camne? saya selalu dicap sombong coz payah senyum... mungkin ada yg macam saya diluar sana...

owh..kasihanilah org seperti kami yg urat senyumnye tersepit dibalik pankreas!uhuk

Zura@Kak Long said...

abang long--> memang susah nak mendidik diri supaya sentiasa tersenyum.

Noushy-->memang betul apa yg noushy katakan ..jika bos kita senyum jer pagi2, rasa bersemangat jer nak kerja.Terasa semua masalah akan dapat diselesaikan.


Merak-->kak long tak kisah kalau dah memang itu tabiat dia agaknya...eheheh

Equil---> walaupun kita jenis yang susah nak senyum tetapi mesti ada masanya kita mampu tersenyumkan? kak long tgk dlm gambar2 EQ di blog tu ada yg senyumkan?? kan?? eheheh

sayda said...

gambar dinner nampak.
chewah. glamour gitew!!
hehe

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin