Jangan mulakan...


Laporan Khas: Remaja ketagih rokok kian membimbangkan
Oleh Azrul Affandi Sobry


Kempen kesedaran belum cukup berkesan banteras tabiat buruk



KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).

Jangan mulakan . Pantaulah anak-anak kita . Kadangkala pengaruh rakan sebaya lebih kuat dari kata-kata ibu dan ayah. Rakan-rakan yang merokok, cubalah hentikan tabiat anda kerana banyak buruk dari faedahnya. Kita sibuk marah anak2 merokok tapi ada dikalangan kita yang merokok di hadapan anak-anak kecil tanpa memikirkan kesannya terhadap anak-anak.


Kak Long dah nampak keburukan akibat merokok. Abah Kak long meninggal dunia akibat penyakit yang sedikit sebanyak berpunca dari tabiat merokok. Adik kak long tidak merokok, baru-baru ini pakcik kak long berjaya berhenti merokok...bravo.


Pastinya anda akan berkata, " kalau nak mati, tak payah merokok pun mati juga". Memang benar kerana hidup mati kita di tangan Allah swt. Pernahkah anda terfikir bahawa kita boleh dan patut mengelak dari sebarang perkara negatif dan memudaratkan. Walaupun impak atau kesannya tidak anda nampak sekarang, mungkin esok lusa anak-anak , isteri atau rakan-rakan anda akan menerima akibatnya ..."2nd hand cancer". Walaupun mereka tidak merokok tetapi akibat terhidu asap rokok dari perokok2, mereka yang menjadi mangsa. Secara peribadi, kak long amat rimas bila terpaksa berada dikalangan mereka yang sedang merokok .


Jangan mulakan...

Comments

Anonymous said…
mmg ptt pon kene selalu ingat kan dak2 neh..sekali cube..ssh dah nak tinggal...pe2 pon..tic ucapkan selamat hari kanak2 sedunia..n jauhi rokok..
Juezura said…
tic..

bukan budak2 jer..bapak2 budak pun kena ingatkan ..ehehehe
lerrrr... saya baru jek nak try ari nie...dah ada kempen melarang merokok...tapi saya x sker marlboro...apa barang!!! saya sker marijuana or curut la...boleh exercise pernafasan secara dramatik...

Marilah Merokok!
Juezura said…
sekeh dak equil. Hepp!!! biasa dia nak merokok pulak ..dah tu layan marijuana dgn curut lak ...ahahahah..sabo jer laa dak ni.
uMIe MieSYa said…
Katakan TAKNAK MEROKOK... :D belia benci ROKOK!!! hihihih..

Merokok mmg membahayakan kesihatan dan merokok juga leh membunuh. salah sorg drp sedara saya meninggal akibat merokok.. :(
sd. said…
31 may ni world smokefree day kan?
go kaklong!! i support u from bllakang.hehe.i hate people yg smoke, make me sesak nafas.
Faizah said…
merokok mmg x elok...tapi still ramai yg merokok..termasuk kaum wanita..kat sini bersepah2..

Popular posts from this blog

What is A Febrile Fit or Febrile Convulsion

Kes Pewangi Tumpah