Ragut...
Semalam kak long diberitahu oleh salah seorang " cleaner" di blok ini, bahawa seorang pelajar uni kami telah di ragut rantai lehernya semasa sedang berjalan berhampiran McDonald's Taman Connaught, Cheras beberapa hari yang lepas. Menurutnya lagi, salah seorang pekerja yang menjaga boom gate di pintu masuk uni juga telah di ragut rantainya tidak jauh dari pintu masuk ke uni. Pada ketika itu keadaan di hadapan pintu masuk kampus agak sunyi kerana hari sabtu dan pada pukul 7.30 malam, memang tidak ramai orang yang berada di kawasan tersebut. Dia cuma mahu membeli makanan utk makan malam di restoran yang berhampiran bila tiba2 2 orang lelaki yang menaiki motosikal terus meragut rantai lehernya. Mujurlah tidak ada kecederaan teruk yang menimpa mangsa.
Isk...sekarang ini begitu mudah manusia mengambil kesempatan dan mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Telah terlalu banyak kes yang berlaku dan kadangkala tidak terfikir oleh kita bahawa perkara ini akan terjadi kepada rakan-rakan, keluarga mahupun kepada diri kita sendiri. Berhati-hatilah dan sentiasa berwaspada dengan penjenayah ragut ini.
Hmm..kak long selalu pergi ke bank ataupun kedai yang berhampiran yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari pintu masuk kampus berseorangan dan alhamdulillah tidak ada perkara buruk yang berlaku. Walaupun pernah ada memo dikeluarkan oleh jabatan komunikasi supaya setiap pelajar dan kakitangan uni tidak keluar berseorangan, namun kadangkala kita ini selalu ambil mudah dan lalai dgn peringatan yang diberi.
Minta dijauhkanlah kita dari menjadi mangsa manusia yang tidak bertimbangrasa dan tidak bertanggungjawab ini. Kenapa mereka melakukan kerja ini? adakah kerana mereka malas mencari kerja yang halal atau ragut ini adalah kerja mudah yang tidak memerlukan kelulusan?. Entahlah, apa yang pasti , semoga mereka akan menerima padah dan mendapat balasan di atas apa yang telah mereka lakukan. Amin.
Comments
sayda syg kaklong, jaga dr bebaik.dont jln sorg2.n jgn menempah malapetaka..
eheh, betul ke ayat kt atas tu.belasah je.. :p
Abang Long: Betul tu ..semua lelaki perempuan kena hati2. Tapi cam mana ek ...nk pergi kerja kenalah seorang ..tak ada pengiring..ahaks, InsyaAllah kita akan sentiasa berhati2 yer.
Bob : Yer, sentiasalah berhati2.