Macam-macam cerita ...

Cerita 1

Kerja yang sepatutnya disiapkan hari ini tak juga dapat disiapkan sebab bekalan elektrik terputus selama beberapa jam. Staff lain semua sibuk di basement memunggah buku-buku lama. Keadaan di kaunter agak sibuk dengan student yang sibuk nak berurusan. Malanglah wehh...tak dapat nak tolong sebab system pun tak jalan. Generator hanya untuk sebahagian lampu tapi bukan utk sistem perpustakaan. Hmm ..kena review la kes ni.


Cerita 2

Tengah kelam kabut selesaikan back log semasa sistem down, tetiba ada panggilan interkom dari external communication dept. Panel dari lembaga akreditasi nak tengok fasiliti di library. Iskkkk kata esok pagi...ni tetiba datang petang ni pulak. Tawakal jer la mengadap dan menjawab soalan2 dari panel. Akhirnya panel dari UiTM, UM dan UPSI tu semua okey jer..tak demand sgt ...Alhamdulillah.


Cerita 3

Bincang-bincang nak pergi ke tidak Annual Dinner company di Legend Hotel pertengahan bulan June. Nak ikut jalan mana ..siapa tumpang siapa dan macam2 lagi. Last-last submit juga la RSVP form ke HRD. Dah pakat nak pergi sekali dengan 2 orang kawan ofis. Yang lain2 naik kereta staff yang sorang lagi. Kalau ada spouse boleh pergi dgn spouse tapi sebab tk ada ..jadi pergi dengan staff ofis laa yer ..eheheheh.

Cerita 4

Meluahkan rasa bimbang dan phobia akan tersesat bila kak long kena pergi ke Putra Jaya Jumaat ini. Tak pernah lagi sampai ke bangunan kerajaan di Putrajaya tu ...tengok kat map langsung tak faham..eheheh sudahlah tak ada PARCEL E kat map tu ..uwaaa...cam mana ni!!! mesyuarat kena attend sebab hari tu tak pergi masa 1st meeting utk 2007. Moga-moga tak sesat laa kak long di Putra Jaya nanti..Amin...

Comments

Abang Long said…
Kak Long. Abang "kutip" cerita nombor 3. Bila nak ada "spouse" tu ?
sd. said…
for all ceritas..hehe

have fun n all d best!!
Juezura said…
Abang Long

Aduhai..soalan yg buat masa kini
tak ada jawabannya..

Jikalau ada ...maka adalah..jikalau tiada, teruskan penantian..eheheh boleh?? bolehkan??


Sayda

ehehhehe not fun kalau sesat Ooo...uwaaa
Faizah said…
Kak Long kena guna alat GPRS..sure x sesat..:)
Juezura said…
faizah

alahai...alat GPS la pulak dia suruh guna ...eheheheh
mad redo1 said…
putrajaya?

just make sure je kat mana bangunan kerajaan tuh, and landmark yang terdekat sekali... tapi dia orang ni biasanya satu line je...

Popular posts from this blog

Kes Pewangi Tumpah

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...