Friday, November 09, 2012

Tetap utuh di Lipatan Kenangan

Terkenangkan Abah yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga namun kenangan itu masih segar di lipatan kenangan. November telahpun tiba. 19 November nanti , Abah sudah meninggalkan kami selama 29 tahun . Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu Ju masih bersekolah, tetapi kini , anak Abah ini telah dewasa dan walaupun Ju masih tidak mempunyai keluarga sendiri tetapi ada rahmatNya sebab Ju berpeluang jaga mak yang kini menghadapi masalah kesihatan. Kalau Ju dah kahwin, belum pasti suami Ju akan benarkan Ju menjaga makkan Abah? .

Abah...Ju harap pengorbanan Ju untuk cuti dan bersama-sama mak untuk sebulan ini akan membuatkan mak rasa lebih dihargai dan mak akan sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin