Harapan Itu


Di sebalik tirai hati
Tertera satu janji
Yang paling suci termetrai
bersama harapan yang sukar dicapai

Bintang di langit cuba di gapai
menanti bulan jatuh ke riba
Harapan itu jauh bagiku
sama seperti samar rambulan
di balik gerhana awan malam

Harapan tinggal harapan
harapan jadi taruhan
walau sekecil harapan
aku masih mengharap
mengharap bulan pulang ke pangkuan

Menanti penuh harapan
Walau tabir itu terlalu tebal untuk disingkap
Menanti janji yang ditakdirkan untukku
Walau kadang harapan itu pudar
ketika harapan itu sedang bersinar

Tertinggallah aku
dihujung harapan
menunggu bulan
menggapai bintang
yang masih di awangan

senyuman ku beri penuh makna
Hanya DIA yang mampu mengerti...


-Zura-

Comments

PUTRAGABAN said…
sajak zura tu sangat menyentuh hati. tapi betul kata zura, hanya tuhan yang mengerti...kerana dia yang memberi hati pada kita semua.
Juezura said…
Budin--> hanya kepada Allah s.w.t kita berdoa utk beroleh kesejahteraan dunia akhirat.Hanya Allah yang tahu segalanya.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini