Hari Itu Dalam Sejarah
Selepas habis waktu bekerja pada hari minggu yang lepas, kak long dan mak balik ke kampung. Kak Long sampai di rumah kazen kak long pada pukul 7:45 malam dan terus solat maghrib.
Keesokan harinya kak long pergi ke Bandar Teluk Intan kerana Iqa, anak sedara kak long tu nak cari buku teks sekolah dia. Malangnya tidak ada satupun buku teks yang dikehendaki ada di kedai2 buku di Teluk Intan itu. Terpaksalah Iqa membeli buku2 teks tersebut sekembalinya beliau ke MRSM Balik Pulau esok. Harap2 stok buku teks mencukupi. Kalau tidak, terpaksa pulak dia bergantung kepada buku2 rujukan SPM yang telah dibeli.
Kawan-kawan semua masih ingat entri tentang Menara Condong Teluk Intan yang pernah kak long tulis beberapa minggu lepas. Oleh kerana Noushy dah suruh kak long naik menara itu, ehehhe kali ini dengan rasa sedikit gayat, kak long naik juga menara tersebut. Mak dengan kazen kak long, Kak Ina memula tak nak naik tapi akhirnya mereka naik juga..ihiks. Iqa temankan kak long naik ke atas menara. Tangga berpusing yang sempit membuatkan kak long semakin gayat..eheheh.
Hari itu adalah hari yang bersejarah buat kak long. Beratus-ratus kali lalu lalang di tepi menara dan akhirnya sebelum 2007 berakhir, kak long naik ke menara itu
Gambar kandid yang Iqa ambik semasa nak pergi ke Dataran Menara Condong..tu nampak tu kat belakang tu menaranya..eheheh
Harap maaf! kualiti gambar tidak cantik sebab guna kamera telefon sahaja. Kamera tertinggal di rumah ..ihiks .
Akhirnya sampai giliran kak long bergambar kenangan..huhuhu macam pelancung dari jauh...eheheh padahalnyer anak tempatan...eheheh
Ehehe akhirnya kak long menjejakkan kaki ke dalam menara condong teluk intan dan naik ke atas. Nampak ke kak long dlm gambar ni? ehehhe kecik jer tu hah sebelah Iqa bertudung warna putih.
Gayat teman kat atas tangga ni..tak berani nak naik ke tingkat yang atas lagi ...
Comments
cakap2 motivasi nih... hehehe...
Agree as what Mat Redo said...;)
eira lom pernah rasa naik lg..
http://noushy-award.blogspot.com/
cyg kak long!U deserved it!
Semoga di tahun baru ni akan lebih berani dan tabah hati dalam menempoh dugaan..
Kak long boleh! yihaa