Terharu
Di dalam kesibukan melaksanakan kerja-kerja yang sedia ada pada hari Isnin lepas kak long terbaca komen Noushy tentang award yang diberikannya kepada kak long. Sempat Kak Long melihat award tersebut dan hari ni kak long baru berkesempatan untuk menyatakan rasa terharu dan terima kasih kak long kepada Maliha Anoushka . Statement Noushy di blognya tentang Kak Long membuatkan Kak Long terharu kerana sepanjang perkenalan kami, Noushy amat memahami apa yang tersirat di hati kak long dan memahami apa yang kak long lakukan selama ini.
Tidak pernah kak long mengimpikan mendapat penghargaan dari sesiapapun sejak kak long mula mengenali dunia blog sejak 3 tahun yang lepas. Blog hanya satu cara untuk kak long meluahkan sebahagian dari apa yang kak long lihat, dengar dan pandang di dalam menjalani episod kehidupan ini. Terima kasih Noushy.

Comments
Rasanya banyak yang memahami apa yang Kak Long rasa melalui pembacaan blog kak Long ini and I'm just one of them that put it in this way...your unconditional love to your family especially your mum and your willingness to put her happiness as priority really amazed me...that's one in a million!
With this Maal Hijrah, May Allah bless you and family always.
All the best Kak Long.
Tp memang lah, membaca blog k long ni banyak dapat cerita dan pengalaman yg berguna, maklom lah, oang lama dah berpengalaman gitu. Teruskan usaha aa k long..
Agak2 free tu singgah2 la melawat oang tua ni.. hik hik