Jangan tiru...

Paksa anak minum racun
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Klik untuk berita sepenuhnya..


Sanggupkah seorang ibu melihat anaknya mati dihadapan matanya sendiri? Jika tidak mampu memelihara mereka sekalipun kerana kesempitan wang, pasti ada jalan lain selain membunuh mereka.Berikanlah mereka kepada mereka yang mampu. Jika anak-anak ditakdirkan Allah meminum racun tersebut dan mati, adakah ibu tersebut akan turut minum? Apabila terdesak manusia sanggup melakukan apa sahaja.

Ya Allah! walau seberat mana beban yang ku tanggung, janganlah dikau pendekkan akalku sehingga terpaksa memilih jalan yang salah. Jauhkanlah aku dan keluargaku serta rakan-rakanku dari melakukan perkara-perkara yang engkau laknati Ya Allah. Berikanlah kami masa, Engkau cukupkanlah masaku dan Engkau aturlah masaku dan Engkau redhailah masaku. Amin.

Comments

Tie said…
Dasyat sgt buat anak sendiri begitu.Dah tak de iman lah tu... Dah lupa pada Allah. Semoga kita sentiasa dibawah perlindunganNya...
Juezura said…
Semoga kita dijauhkan dari perkara2 sebegini. Amin.
Rumah Kuning said…
nauzubillah min dza lik.Kesiannya...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini