Masa itu...


Begitu cepat masa beredar. Rasanya baru sahaja tahun baru disambut dan hari ini telah masuk bulan ke 6 tahun 2008. Pejam celik pejam celik di tambah makan minum makan dan minum , nanti tahu-tahu sahaja dah akhir tahun. Setelah Mei berlalu pergi, masih banyak perkara yang belum dapat diselesaikan terutama kerja-kerja yang seakan-akan tiada penghujungnya. Kalau ada penghujung, bukan kerja namanya kut? ehehhehe.

Pencapaian dari segi peribadi? terlalu sensitif untuk diperkatakan. Cukuplah ianya tersirat dan jika ianya perlu diperkatakan, mungkin hanya yang elok-elok sahaja. Namun begitu, kalau tidak dibincangkan, mungkin ianya hanya akan menjadi simfoni duka di hati dan tidak menjadi satu pengajaran kepada yang lain. Hmm...mungkin juga begitu dan mungkin juga hanya menjadi cacian dan cemuhan.

Masa yang begitu pantas bergerak ,seakan-akan tidak terkejar dek kaki yang kederatnya kadangkala terbatas. Perjalanan yang entah bila akhirnya ini dipenuhi onak ranjau berduri yang menyebabkan kaki yang cuba melangkah deras tercalar dan adakalanya hampir tersungkur menyembah bumi. Bersyukur juga kerana sayangnya Dia kepada hamba-hambanya , walau tersungkur, kaki -kaki ini masih mampu bangun semula. Walaupun deraian airmata mengiringi, kekesalan menyelubungi, InsyaAllah dengan doa dan ketabahan serta sokongan mereka yang sentiasa di sini, kita mampu meneruskan perjalanan ini. Kejarlah masa itu walaupun...

Comments

kuIna said…
kak long.. moga tabah.
Anonymous said…
Memang betul la kak long . Cepat betul masa ni berlalu . Tambahan lak kalau nak kejar 'due-date' mcm tak cukup masa dibuatnya . Tu yang kadangkala buat keje dah tak serupa org .Eeekekekeke.......
Anonymous said…
Memang betul la kak long . Cepat betul masa ni berlalu . Tambahan lak kalau nak kejar 'due-date' mcm tak cukup masa dibuatnya . Tu yang kadangkala buat keje dah tak serupa org .Eeekekekeke.......
Abang Long said…
Salam hormat buat kak long. Ada satu lagi do'a yang diajarkan ustaz. "Ya, Allah, dikau cukupkanlah masa aku. Dikau aturlah masaku, dan DIKAU redhailah masaku"
Juezura said…
Ku Ina-->terima kasih. Semoga kita semua akan lebih tabah.

Ila-->Itula pasal. Kalau dah sibuk dan banyak perkara perlu diselesaikan tapi ada masalah timbul, masa itulah buat kita rasa serabut sangat.


Abang Long-->Terima kasih kerana berkongsi doa itu. InsyaAllah kak long akan amalkan.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini