Kad Raya


kad raya tahun lepas,,sengaja tak nak simpan...ihiks


Tahun lepas dah bercerita tentang memori berpuasa semasa kecik2..semasa Abah masih ada. Kali ini tak tahu apa lagi nak diceritakan...ehehehe. Fikir punya fikir, kak long teringat pasal kad raya. Dulu2 zaman sekolah walaupun tak berapa rajin , mesti ada jugak minat untuk menghantar kad raya dan juga menerima kad raya . Tapi sekarang ini mood nak menghantar kad raya dah semakin pudar. Ini bagi diri kak longlah...orang lain mungkin berbeza. Kad raya tahun lepas dan tahun sebelumnya masih ada tergantung di dinding ofis...ekekkek jadi hiasan dinding. Kalau nak reply tinggal tengok nama dan alamat di kad tak perlu nak selongkar laci..ahaks. Kebanyakannya datang dari supplier /vendor yang berurusan dgn kak long. Ada jugaklah kad dari beberapa rakan blog . Tahun ini, kad pertama di terima dari POH KONG...ahaks..dan yang kedua dari rakan yang tak pernah kak long temui dan dah lama tak kontek tapi abang ni memang rajin hantar kad raya setiap tahun..huhuhu. Kena jugak balas kalau orang dah bagi kat kita tapi tak tahuler bila nak membalas...ehehhehe.

Comments

Tie said…
Amboi...kad raya dari 'abang' yek..mesti ada apa2 tu..balas lah kat dia..cian dia..
Suzi said…
betul kata k. tie tu...baik cepat2 balas hihihi...
Juezura said…
Tie & SUZI--> Yang hantar kad tu kawan yang tidak dikenali paras rupanyer ..hanya kenal nama dan tempat kerja...ehehehe. INsyaAllah nanti zue balas kad dia
Anonymous said…
bestnye dpt kad raya. saya dpt sms je berderet2. hehe
Anonymous said…
Kak Jie pun masih simpan kad raya dulu....nilainya tak terkira skrg...
Juezura said…
cikgu panji-->sms langsung tk ada lagi ni ...eheheh kadpun baru 2. Dah kita tk mengantar mana org nak hantar kat kita ..ye tak? ehehehe
Juezura said…
kak jie-->itula pasal..memang simpan tapi biasalah bila dh lama sangat..kdg boleh tak jumpa kalau dicari tu..ehehhe

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini