Kad Raya
kad raya tahun lepas,,sengaja tak nak simpan...ihiks
Tahun lepas dah bercerita tentang memori berpuasa semasa kecik2..semasa Abah masih ada. Kali ini tak tahu apa lagi nak diceritakan...ehehehe. Fikir punya fikir, kak long teringat pasal kad raya. Dulu2 zaman sekolah walaupun tak berapa rajin , mesti ada jugak minat untuk menghantar kad raya dan juga menerima kad raya . Tapi sekarang ini mood nak menghantar kad raya dah semakin pudar. Ini bagi diri kak longlah...orang lain mungkin berbeza. Kad raya tahun lepas dan tahun sebelumnya masih ada tergantung di dinding ofis...ekekkek jadi hiasan dinding. Kalau nak reply tinggal tengok nama dan alamat di kad tak perlu nak selongkar laci..ahaks. Kebanyakannya datang dari supplier /vendor yang berurusan dgn kak long. Ada jugaklah kad dari beberapa rakan blog . Tahun ini, kad pertama di terima dari POH KONG...ahaks..dan yang kedua dari rakan yang tak pernah kak long temui dan dah lama tak kontek tapi abang ni memang rajin hantar kad raya setiap tahun..huhuhu. Kena jugak balas kalau orang dah bagi kat kita tapi tak tahuler bila nak membalas...ehehhehe.
Comments