Kes Nyaris Tertinggal Bas Masa Raya

Apabila tiba musim nak balik kampung untuk hari raya, kak long teringat satu kejadian yang tidak dapat kak long lupakan. Macam biasalah, sesiapa yang tak ada kenderaan sendiri tu mesti beli tiket bas nak balik ke kampung. kak long tak terkecuali.

Pengangkutan awam yang setia bersama seiring sejalan ketika itu ialah bas. Biasanya sejak masuk ITM pada 1989, bila nak balik kampung naiklah bas ekspress ke Teluk Intan dari hentian Puduraya dan kak long akan berhenti di Simpang Empat dan selepas tu mengambil bas yang menghala ke Bagan Datoh.


Bila sekarang ni tengok orang berebut-rebut nak beli tiket bas setiap kali musim raya tiba, kak long teringat kenangan manis bila senang dapat tiket balik naik ekpress dan pahitnya bila terpaksa beli tiket bas tambahan dan berebut2 serta berbaris panjang nak beli tiket. Ketika naik bas tambahan, merasalah naik bas yang tak ada nombor tempat duduk (siapa cepat dia dapat) dan tak ada air-cond. Masa tu kak long balik dgn kazen kak long Hana. Turun kat Tk Intan, mak dah tunggu kat Tk Intan. Jarak Teluk Intan dgn kampung kira2 34km.

Ada satu peristiwa berkaitan dgn bas ekpress. Ketika itu kak long baru mula bekerja, dan adik kak long ketika itu masih di UM. Pada ketika itu dia dah kak long belikan motosikal RXZ, jadinya dia balik kampung dgn motor dia dan balik lewat sikit. Dia hantar kak long ke Puduraya. Selepas menurunkan kak long di pintu masuk Puduraya dia terus balik ke asrama. Kak long dgn setianya menanti kemunculan bas. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bas tak kunjung tiba. Hati dah gelabah dah, 10 minit sebelum waktu bas sepatutnya bertolak, kak long tanyalah kat kaunter. Akak yang jaga kaunter tiket tu kata " Bas ke Teluk Intan, kena naik kat Stadium Hoki, Jalan Duta". Pada ketika itu juga kak long baru perasan ada bas sri jaya ( skrg tak ada dah bas ni) di pintu utama Puduraya membawa penumpang ke hentian Duta.

Dengan gelabahnya kak long terus naik bas tu dan siap tanya kat driver bas tu " bang..sempat ke sampai Jalan Duta dalam masa 10 minit ni"? huwaaa ...kecut perut wehh masa tu..rasa nak menangis pun ada. Dah ler masa tu mana ada guna handphone, nak kontek adik pun tak dapat. Kalau bas dah terlepas macam mana?? Macam2 yang kak long fikirkan ketika itu.

Akhirnya kak long sampai ke Stadium Hoki Jalan Duta dan satu masalah lagi timbul.. Kat mana pulak ler bas Transnasional yang nak ke Bagan Datoh ni? Masa tu ada bas transnasional ke Bagan Datoh. Mujurlah tak lama kak long melilau mencari, akhirnya jumpa jugak bila ada pengumuman dibuat tentang setiap bas yang akan bertolak. Alhamdulillah bas tu masih belum bertolak walaupun ketika itu, jam menunjukkan 3:20 petang. Masa naik bas tu, kak long cakap " mujurlah bas tak jalan lagi..kalau tidak tak balik raya saya". Abang driver tu kata" memang tunggu dalam masa 30 minit kut2 ada yg sangkut kat jalan yang sesak. Kak Long pun berceritalah pasal tak perasan tentang perubahan hentian untuk semua bas yang nak ke utara masa raya bukan di Puduraya tapi di Hentian Duta.

Kak long duduk sorang, bas kosong laa pulak time tu..ntah org yg beli tiket tertinggal bas atau memang tak ada orang tak pastilah pulak. Kak Long berbuka di dalam bas dan sampai di rumah dalam pukul 8:30mlm. Kes hampir tertinggal bas ekspres masih kak long ingat. Sejak kejadian tu, kak long akan pastikan setiap details di tiket bas...ehehehhe.

Dah hampir 9 tahun dah tak naik bas ekspress untuk balik ke kampung. Sejak dah ada kereta. Memula dulu, bila raya kak long balik sendirian ke kampung dan sejak 7 tahun lepas, bila mak duduk sekali dgn kak long, kami balik ke kampung bersama.

Sekarang ini, mak jadi kawan setia..ehehehe dan kak long rasa ketika ini biarlah kak long bersama2 mak sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita mampu berbakti kepada mak kita...

Comments

Tie said…
Kak tie mmg tak mahir naik bas..Masa study dulu kalau naik bas dari johor, tak berani nak turun rehat..takut tertinggal.Mesti meraung punya kalau tertinggal bas..huhu..
Juezura said…
Kak Tie-->zu pun jarang turun kalau bas berhenti rehat tp kalau balik kg bas biasanya tak berhenti sebab 3 jam jer perjalanan lebih kurang.
Kaktiny said…
betullah kak zue... tiny pun rasa cam ingat2 lupa naik bas express nih... hihihi...

selagi mak ada.. berbakti puas2 kakzue.. setuju sangat...

persiapan raya?.. tiny apa pun tak beli lagi kakzue oiiiiitttt....
~Cinta Cukulet~ said…
tahun lepas bas yg saya naik rosak kat tengah jalan hehe
Juezura said…
Milo-->masa bas rosak tu, kalau boleh makan minum kira ok jugakkan? eheheh ni puasa, jadinya sabo jer ler.


Tiny-->kasih mak tiada sempadan, tiada akhirnya.Kisah bas tak ada akhirnya jugak...ehehhe.
mad redo1 said…
mad redo1 pernah berlari dari bus stand klang ke puduraya mengejar bas nak balik kampung... memang malang sungguh dia yang duduk di sebelah mad redo1 yang berpeluh malam tuh... hehehe...
Juezura said…
mad_redo1-->Ehehehe..bus stand klang dgn Puduraya tu byk tinggalkan kenangan masa kita sekolah dulukan? ehehehe

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini