3 malam 3 hari di Kuching, Sarawak


3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik.

Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan berhampiran WaterFront. Peminat cenderamata dan pengumpul barangan antik, pasu Sarawak, hasil seni suku kaum serta ukiran kayu tidak seharusnya melepaskan kunjungan ke sini. Tak banyak yang dibeli di sini. Byk yang menarik tapi tak sempat nak jelajah semua sebab kawan2 yg lain dah menanti di TOPSPOT..food court berhampiran Hilton tu..huhuhu berpeluh jalan kaki dari water front ke situ. Jarak jadi jauh sebab kami tersesat sedikit...ehehe ada jalan dekat tapi kami ambik jalan jauh..ahaks.. adventure jugak petang itu.

Muzium Sarawak menempatkan koleksi artifak Borneo yang cukup komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai Borneo dan penduduknya. Justeru, persembahannya dalam bentuk koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah adalah nadi kehidupan masyarakat bumi kenyalang itu.Muzium pun tak sempat nak singgah sebab bila balik ke Hotel hari Sabtu, muzium dah tutup..ehehehe.

Selepas dinner hari sabtu yang lepas, kak long ke Pasar Satok bersama rakan2. Shima , iaitu adik kepada Arsaili sempat menemani kami membeli beberapa ole2 kenangan untuk orang tersayang. Shima yang baik hati juga bersama2 ulang alik pusing keliling Pasar Satok sebab ada yang nak beli terubuk masin dan kuih lapis sarawak. Selepas habis shopping, berhenti pulak makan mee kolok( tertunai sudah impian yang makan mee kolok Sarawak..ehehehhe poyo jer).

Shima juga bawa kami pusing2 malam Sabtu lepas melihat keindahan Kuching pada waktu malam. Dapatlah kami tengok beberapa landmark Bandar Kuching walaupun waktu malam tapi alhamdulillah, merasa jugalah jalan2 sekitar Kuching. Thanks so much to Arsaili dan Shima. Nanti Shima kalau datang KL jangan lupa bagitau kak long tau. Macam Diana cakap, kalau tak bagitahu siapppp. Ahaks.

Pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang menaiki perahu tambang untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mengenakan tambang 50 sen seorang. Dari sini, anda dapat melihat Astana, istana yang dibina oleh Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Huhuhu tak sempat nak merasa naik perahu tambang tu.

Pada masa ini, Astana James Brooke telah menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Kami sempat pusing2 area astana ni malam sabtu yg lepas ..hampir tengah malam. Shima berhentikan kereta di hadapan pagar istana untuk sessi bergambar kenangan. kak long tk ada gambar tu..dalam kamera kawan...isk isk kena ingat nak mintak jugak gambar tu dari Zaiton dan Prof. Nor untuk kenangan.

Fort Margherita ialah kubu pertahanan yang sangat penting pada masa Charles Brooke. Kubu ini diberi nama Margherita, bersempena nama isterinya. Fort Margherita, akhirnya dijadikan Muzium Polis. Sangat menarik untuk dikunjungi bagi melihat sejarah kepolisan di Sarawak, senjata, meriam tua, pedang serta bilik-bilik khas untuk banduan dan bilik hukuman. Kami tak sempat pergi muzium ini. Ye la dah malam manalah sempat, muzium dah tutup.

Sarawak River Cruise membolehkan anda melihat penempatan penduduk serta bandar di pinggir sungai, Jambatan Satok yang terkenal serta berpusing di Jambatan Pending- Dah cadang nak naik boat tu tapi tak sempat...adehhh kecewa ( tapi ada alasan pulak lain kali nak pergi lagi...eheheh).

Kampung Melayu, Masjid Negeri ( mempunyai lima “Golden domes”) dan kilang memproses Sarang Burung dan Kilang Tembikar (yang terkenal dengan reka bentuk ukiran asli Sarawak). Pusing2 di kawasan kampung melayu menaiki kereta yang dipandu oleh Shima membolehkan kami melihat suasana kampung Melayu Gersik yang terkenal di Kuching. Tak beli sebiji pun tembikar Sarawak. Hmmm rugi rasanya.

Menyeberangi Sungai Sarawak melalui Jambatan Satok untuk menuju ke Kuching Utara-Shima bawak pusing-pusing sampai ke Petra Jaya dan dapat lihat mat2 rempit berlumba.

Muzium Kuching - dengar jer cerita pasal muzium ni dari shima...tak ada masa nak pergi. Mungkin lain kali.

Perpustakaan Awam Negeri Sarawak- tengok dari jauh ajer sebab waktu dah hampir tengah malam..tapi cantik sebab dekat tasik ( ke sungai hah?) ehehhehe nampak air jer malam tu tapi tak sure tasik ke sungai kat sebelah perpustakaan tu.

Akhir sekali terima kasih buat Shima yang sudi melayan Kak Long dan kawan-kawan sebagai tetamu.Malam itu kami sampai di bilik hotel hampir jam 12 tengah malam.

Sila klik di sini
untuk melihat gambar2 yang sempat kak long ambil semasa di sana.

Comments

arsaili said…
salam kak long...nanti bole dtg lagi..bole lama2 skit..baru best nak gi serikin, gi cultural village dsbnya...
Tie said…
Bestnya baca cerita zue ni....sedap tak makanan kat sana?(minat tang makan je..)
Anonymous said…
wah2.. bile nak bawak ien gi serawak nih uhuhuhu
Suzi said…
bestnya dpt tengok tmpt org...kan? jauh berjln luas pandangan hehehe...
en_me said…
sonoknyerr gi kuching.. citer akak jue punyelarr detail, tapi asyik tak sempat nak singgah kannns.. ehehe

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini