Bosan

Hari ini saya fokus kepada kerja pada waktu pagi sehingga tengahari. Tiba-tiba saya merasa bosan apabila pihak pengurusan mempertikaikan soal terlalu ramai staff melayu di jabatan ini. Memang bagus kalau ada pelbagai bangsa supaya mudah apabila hari raya, semua orang dapat cuti lebih sikit tapi itu bukan alasan untuk menyekat hak saya memilih staff.

Grrrrr..rasa nak mengamuk jer tadi masa kat bilik HR, last2 hantar email untuk mintak dipercepatkan pengambilan staff baru yang saya dah interview dan pilih bulan lepas. Ada ke diorang ingat nak tunggu sampai dapat calon bangsa lain supaya tak ambik calon yang saya dah pilih. Adehh...masalahnya tak ada pun permohonan dari bangsa lain untuk jawatan pustakawan yang ada ijazah, so saya pilihlah orang melayu dan saya bertolak ansur, tunggu calon bangsa lain utk mengisi kekosongan bagi jawatan pembantu perpustakaan .

Jadinya saya tukar template blog...doesn't matter, kaler ni ceria atau merudum..eheheheh lantaklaaa..asal saya dapat lepaskan geram. Esok nak balik kampung, InsyaAllah...jumpa lagi.

Comments

arsaili said…
salam...apa masalahnya....kalau tempat lain bole jer dia org conquer..sorg pun bangsa melayu tak dapat tembusi....so masa kita jadi boss, make sure utamakan bangsa sendiri..bukan bersikap racist but we follow d game!
cikgu panji said…
geram lagi ke? kita balik dulu lah...
Juezura said…
Arsaili-->Itu pasallah bro...kak long bukan racist tapi sikap dan anggapan mereka yang buat kak long marah
Juezura said…
cikgu panji-->Alahai cikgu..saya marah dgn orang lain..bukan dengan cikgu..ehehe

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini