Tak sabar

Saya memang tak ada bakat mengajar. Isk isk entah mood ada kureng
sikit malam ni. Tadi tengok2kan Nabil buat homework,kena marah dan
kena bebel je budak tu pasal slow sgt nak faham soalan maths yg dia
dah pernah buat. Agaknya dia pun dah letih so tak boleh fokus pada
soalan. Tapi bila kena marah,kdg dia boleh buat dgn baik dan kdg terus
makin kabur. Kesian pulak bila tgk dia terus tidur sebaik siap kerja
rumah. Bila disemak memang ada yg salah dan saya perati kesalahan dia
sebab cuai. Jawapan betul tapi jalan kerja salah atau sebaliknya. Saya
kena lebih bersabar.

Comments

Kak Long said…
Memang kena sabar banyak-banyak bila mengajar ni kan!. Kak Long fikir Nabil tu bukannya tak boleh faham, tapi macam yang Zue cakap, dia mungkin letih. Lagipun budak-budak memang mudah hilang fokus.

Tambahan pula, masa pelajar-pelajar sekarang terlalu penuh dengan pelbagai aktiviti hinggakan tak ada masa nak rehat. Kadang-kadang tu kasihan pulak kan?
Abang Long said…
Bila dikenang kembali, agaknya kita dulupun lebih kurang macam tu juga ya ? Macam manalah mak ayah kita bersabar ...
Juezura said…
Kak Long -->ha'ah betul cakap kak long tu. Kadang2 memang kesian tengok sebab banyak sgt kerja rumah..tapi yg tak sabar tu bila budak2 masih berebut nak tengok kartun kat TV ..kerja rumah lambat nak siap...ahaks.
Juezura said…
Abang Long-->saya sanjung kesabaran mak dan abah saya selama ini membesarkan saya. Walaupun dulu saya tak banyak kerenah...eheheh tapi kdg saya buat perangai jugak..ahahaha.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini