Posts

Showing posts from 2011

Alhamdulillah

Syukur, saya dan mak selamat kembali ke Malaysia setelah menunaikan ibadah haji . Selama 43 hari meninggalkan tanahair ...apabila saya memandu semula hari ni untuk bekerja..saya rasa janggal sedikit . Sampai terlupa nak sediakan duit tol ...ahahah nasib baik ada kad "touch n go" yg ada lagi isinya. Adusss...sampaikan berapa duit tol kat tol grand saga tu pun saya boleh lupa..aduss mmg masih jet lagged saya ni ....tak berapa nak fokus tapi apa nak buat...cuti dah tk ada ....ekekek kena la bekerja walaupun tak berapa sihat. Apapun...oleh kerana gambar2 semua kat netbook....sy tak leh nak upload kat blog ni tapi boleh tengok kat fb saya :-). check it out yaaa....

Maafkan kekhilafan saya

Kurang lebih 24 jam lagi sebelum saya dan mak akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas semua salah silap saya yang mungkin pernah saya lakukan terhadap rakan-rakan siber yang pernah saya tegur, kenal dan juga mereka yang pernah singgah ke blog ini. Saya akan kembali ke Malaysia, InsyaAllah pada 10 December 2011. Jaga diri dan peribadi sebagai perhiasan diri. Maaf sekali lagi dan doakan semoga kami selamat sampai , kekal sihat dan dapat menyempurnakan ibadah haji dan selamat juga sampai ke tanahair. InsyaAllah..Ameen.

Semakin hampir ke situ...

Dalam masa lebih kurang 30 hari lagi sebelum saya dan mak dengan izin Allah swt akan ke Makkah dan seterusnya ke Madinah. Persiapan masih belum habis. Beg2 pun belum berkemas. Kerja yang akan ditinggalkan pun masih belum siap. Risau juga tapi saya yakin Allah maha mengetahui dan dengan izinNya mempermudahkan urusan. Banyak dugaan yang Allah berikan sejak kebelakangan ini. Kaki mak masih belum berapa pulih dan terpaksa solat duduk di kerusi. Sedikit sebanyak hal ini merunsingkan mak sebab takut menyusahkan saya nanti nak bawak tongkat/bangku tu nanti di sana. Saya kata tak mengapalah...jika dalam masa sebulan ini mak masih belum pulih, saya akan sentiasa disisinya membantu apa yg perlu dan saling mengingati untuk beribadat dan mengerjakan ibadah sebaik mungkin. Dengan izinNya, segalanya dipermudahkan....InsyaAllah. Lambaian kaabah terbayang2 dimata.

Syawal bakal tiba...Selamat Hari Raya

Image
Lebaran kembali lagi..InsyaAllah. Kali ini tidak ada perubahan...raya masih bersama mak ..ihiks. Setia disisi. Apapun raya kali ini rasa sempoi jer...tak kecuh buat kuih...baju raya dah lama tempah tapi tk siap lagi...yg dah siap awal 2 bulan lepas dah jadi baju gi ofis sebab dah pakai masa ada majlis kat tempat kerja. Esok, Jumaat 26 August, saya akan memandu balik ke kampung bersama mak dan anak saudara saya iqa yang praktikal kat Seremban dan esok hari terakhir dia di JKJR Seremban tu..so petang , InsyaAllah akan bertolak balik. Banyak benda nak kena buat esok ni..alignment dan balancing tayar kereta kena terjah dulu...takut lambat siap...then singgah pasar laa gamaknyer ..itupun tak pasti..ikut apa kata mak saya jer laa...saya ni tukang bawak kereta jer...ehehehe. Di kesempatan ini , nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba dan bergembiralah yer.. Maaf zahir batin andai ada salah silap saya kepada rakan2 semua. Hati-hati memandu semasa musim perayaan ini, kenderaan...

Baju raya??

Image
Baju raya saya belum siap...huhuhu ...silap2 haribulan..teman pakai baju lama jer...ahahahha. Tak kisah laa ..a.da jubah yg beli kat Mekah tahun lepas belum pakai..so itupun boleh kira baju baru jugaklaa...ihiks. Yang penting dapat bersama-sama keluarga tercinta ..betul tak? Dalam hati masih berharap cik kak kat kg tu..tailor tu dapat siapkan baju teman, baju mak teman dan juga baju iqa yg kami dah hantar sejak hampir 2 bulan lepas tu akan siap sebelum hujung minggu ni.Kelakarnyha saya dah lupa kaler kain yg saya haantar buat baju...muahahahha,,,sehelai tu ingat2 kaler merah ada biru2 sikit...ciss..lupa pulak nak potong sikit kain tu utk contoh beli tudung...ihiks.. Moga baju saya siap untuk raya ni...Amin.

Lost and found

Kebiasaannya kunci pejabat memang sentiasa dalam beg tangan tetapi hari isnin lepas, tetiba teringat nak cari kunci tu masa sebelum bertolak ke tempat kerja. Aduhhh...apasal pulak tak ada dalam beg? Gelabah pusing keliling cari kut terkeluar dari beg dan terjatuh kat sofa. habis selak semua kusyen...ehehehe. Akhirnya dalam 1o minit cari tak jumpa...give up dah dan terus guna kunci pintu belakang..mujur saya dah pisahkan dari kunci utama. Semalam...semasa nak solat zohor, saya terperasan ada benda keras dalam beg telekung...sekali saya seluk...huiksssss...syukur alhamdulillah kunci saya yang hilang tu dah jumpaaaaa semula. Heran juga bila pulak masanya kunci tu boleh termasuk dalam beg telekung? hmmm fikir2 semula mungkin semasa saya bawak balik telekung yang saya dah basuh ke pejabat tu, saya masukkan kunci tu dalam beg berisi telekung dan bukan beg tangan selepas buka pintu utama pejabat...adehh ...alhamdulillah.

Tak sempat...

Tak sempat nak solat terawih berjemaah esok malam kerana rasanya masih dalam perjalanan balik dari Kuala Trengganu. Tak mengalah, apa yang penting kami selamat sampai ke rumah..InsyaAllah..penat dah mata..nak tidur dulu...esok nak bangun awal..masih ada satu sessi terakhir esok pagi...sebelum berangkat pulang. Kali ini tak sempat nak jalan2 beli souvenir ke apa..kut ada pun esok kalau sempat singgah tepi jalan beli kopok lekor ke..kopok keping ke...ehehhe . InsyaAllah kalau ada rezeki nak jadi ole-ole dari T'ganu...

Bermula perjalanan ke Marang, Trengganu

Sepatutnya pukul 7 dah bertolak tapi kerana menunggu seorang rakan yang sangkut dek kesesakan jalanraya menyebabkan kami bertolak lewat 1 jam.Lapar ni tak sempat sarapan. Harap2 bila berhenti di R&R bolehlah kami  makan apa yang patut ...ehehehhe. Pagi ni hujan di KL..so seperti biasa jalanpun sesaklahhhh. Harap2 perjalanan ke Trengganu akan lancar. InsyaAllah.

Hey..mana signal lights?

Image
Peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang terbaca entri ini. Banyak kali bila dijalanraya, terasa kita ni psychic. Sebab apa? sebab kita seakan2 boleh mengagak kereta kat hadapan mahupun kat kiri atau kanan ( highway tau..a.da 4 lorong) tu akan belok ke kiri atau kanan!! kalau betul..kita ada kuasa psikik laa tu...ehehhe. Bengang tak kalau ada kereta yang tak pandai2 atau tak reti nak kasi signal bila nak tukar lorong ataupun nak belok ke susur kiri mahupun kanan. Selalu jumpa tuan punya kereta mahal2 tu ...yang canggih manggih yang lajuuu semacam tak bagi signal terus belok atau potong Q...masuk lane kita mengejut jer...iskkk sakit jantung  teman. Tahuler keta kome canggih ...tapi takkan tak ada lampu signal kut....ahahahhaha. Maka mak teman yang duduk sebelah sebagai co -pilot tak bertauliah pun membebel marah sebab terkejut....eheheheh. Adehh...kadang kitapun mungkin tanpa sengaja buat  macam tu..so awaslah ek....kita perlu sentiasa beringat supaya gunakan ke...

Ulangtahun kelahiran ke 65

Image
Makan kek sempena ulangtahun kelahiran mak Omikalsom Mat Jamil. Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berbahagia ke akhir hayat. Dua orang lagi cucu tak bersama. Yang sulung Nasyirat Nu'man di asrama dan yang kecil Siti Khadijah tidur..ehehehe. Nu'aim yang lebih2 meniup lilin Kek yang sempoi... Mak yang tak tuko baju ..pakai jer baju tidur sebab kami buat surprised!!!

8 Pembohongan Ibu Kepadaku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sekadar berkongsi cerita seorang rakan . Ambillah iktibar yg ada. 8 Pembohongan Ibu Kepadaku! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kasih Ibu ke Syurga..kasih seorang anak?

Image
..kasih anak2 sampai ke mana agaknya? Saya memang takut bila memikirkan adakah saya mampu untuk menumpahkan kasih sayang saya buat mak tercinta. Kalau dulu masa kecik...dah pasti mak tak tidur lena hanya nak pastikan kita ni sihat ..especially masa demam, pastinya hati tak keruan mengenang anak tak sihat. Sejak akhir2 ini mak kerap tidak sihat. Bermula dengan masalah gout, di ikuti dengan demam dan selesema. Demam dan selesema saya dah pulih tapi demam mak masih berulang. Baru jer baik dari serangan gout sebab salah makan...sekali lagi saya tersilap beli makanan yang mak tak boleh makan. Biasanya satay mak boleh makan tapi satay yang ini yang saya beli di pasar malam berhampiran tempat tinggal menjadi "racun" kepada darah mak. Niat nak beri mak selera sikit makan akhirnya menjerat. Tak mengapalah..saya belajar dari kesilapan. Bertambah sudah senarai makanan yang tidak boleh diambil mahupun yang dibeli. Sampaikan sekarang ni kalau nak beli makanan yang siap masak, boleh ...

Persoalannya...

Mereka komen" salahkan pihak berkuasa ..sebab buat macam2 menyebabkan kecoh". Persoalannya..adakah mereka yang memulakan perarakan itu tidak bersalah? tidak menyusahkan orang yang nak lalu lalang? kalau jalan tak tutup...tapi mereka dah penuh kat jalanraya tu tak ke menyusahkan? tak ke menghalang orang berniaga...merugikan. Tercapai ke tuntutan kalau setakat berarak? Hanya kerana beberapa orang yang berkepentingan politik...ramai yang tidak terlibat menjadi mangsa? Kalau pihak berkuasa biarkan mereka merayau..bersiar2 atau berarak...atau apa sahaja sesuka mereka nak buat ..adakah pasti tidak akan jadi kesesakan jalanraya? tidak ada kekecohan? tidak ada sampah sarap berselerak selepas mereka berarak? ...hmmm apa2 jer laa ...tak berbaloi. Agak2 boleh ke saman mereka untuk gantirugi kepada peniaga2 yang terpaksa tutup kedai ?  Cukup2 laaa tu...bersihkan diri dan minda lebih baik.

Sehati sejiwa

Ada ke demampun nak kata sehati sejiwa? mana tidaknya! Dari tengahari Isnin saya dah terasa tak sedap badan tapi tetap di ofis sampai habis waktu kerja. Sampai dirumah rupanya mak pun demam. Sampai ke hari ni saya dan mak demam selesema. Sesekali muntah...adusss. Pening kepala jangan cakaplah...memang berdengung. Harap2 esok dah okay laa. InsyaAllah.

Hilang anak

Image
Malam Ahad lepas, singgah ke Tesco Semenyih semasa dalam perjalanan balik dari kampung. Sebaik sampai ke aras bawah , area parking, tetiba ada seorang budak ni yang menangis memanggil2 mama dia...iskk berdebar darah!! bila dia tiba2 melintas jalan dan pada masa yang sama ada kereta lalu, kami dok menjerit dan terus pegang tangan dia. Memula dia meronta nak lari cari mama dia dan tanya mama dia kat mana , dia cam bingung..dia kata mama dia dah tinggalkan dia...tak terang sangat apa yg dia cakap..kecik orang lagi budak ni ..mungkin sebaya Aim..anak sedara kita. Ada juga beberapa orang lain yang tanya dia nombor telefon laa..iskk mana ler budak kecik ni nak ingat nombor telefon...tengokpun cam dia dah panik..siap sugul rambut lagik. Last-last, kita bawak dia cari kat dalam tesco tu..tingkat bawah ..tapi tak nampak sesapa yang ada rupa hilang anak...so naik atas..hantar kat guard. Kat atas eskelator, dia kata mak dia pakai baju merah tapi tak nampak pun org pakai baju merah. Masa tu tes...

Outing

Image
Ambik kesempatan semasa balik ke kampung sabtu lepas,  Nasyirat yang boleh outing ..keluar dari asrama..so kami ajak dia makan di kedai kegemaran dia..Pizza Hut..ihiks..dia memang sukaaaa pizza, dan segala jenis makanan kat situ..spagetti pun dia suka tapi kelmarin dia nak pizza dengan ayam ajer...so dapatlah dia makan Memula pinggan kosong jer tapi tak lama kosongnyer Nasyirat menikmati pizza

Apa hadiah harijadi yang unik?

Image
Saya memang lemah bab2 memilih hadiah ni..maklumlah sebab selalu sangat beli dan terima (baca: jarang-jarang ) ehehehe. Boleh dikira berapa kali saya terima hadiah harijadi tapi saya memang pernah beli untuk anak2 saudara. Almaklumlah..siapalah saya yang orang nak belikan hadiah masa birthday...ahahahha. Pernah sekali saya dapat hadiah dari kawan blog yang saya tak pernah jumpa, seorang dari Brunei dan seorang lagi dari PJ. Saya dapat sepotong kek dari seorang dak ofis saya , Dee masa hari jadi saya bulan Mac yg lepas. Alhamdulillah. Apapun sebenarnya niat saya menulis pasal hadiah birthday ni sebab harijadi mak saya akan tiba pada 17/7/2011 ini. Sebelum2 ni ada juga belikan hadiah macam baju, kain, kek, rantai tangan dan juga rantai leher. Tapi apa agaknya hadiah yang bukan 'normal' dan 'biasa' seperti yang saya sebutkan di atas ini. Hmmm...something extra ordinary kut....tapi ada sesiapa yang nak bagi idea? Kebetulan 17/7, saya akan bekerja, so mungkin malam boleh...

Sedikit lega...alhamdulillah

Image
Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Saya di dalam kekeliruan buat beberapa hari kebelakangan ini kerana tak boleh nak fokus prioriti ( tak pasti sebenarnya) . Walaupun kalut dengan hal2 lain tetapi hari ini saya dapat membuat "follow-up" untuk beberapa perkara penting yang masih belum ada hitam putihnya. Bukan hal peribadi tapi hal kerja. Bila dah disampaikan kepada mereka yang berkaitan, ada rasa sedikit lega dihati. Semoga apa yang diusahakan bersama2 rakan2 dipejabat akan berhasil dan dapat diterima pakai tanpa ada bantahan yang keras ( VC selalu cakap...is there any violent objection?bila proposed sesuatu perkara dalam meeting ...ehehhe). InsyaAllah..dengan izin Allah .

Terkilankah saya...

...Apabila terasa tidak diingati...tidak dihargai? kenapa orang lain mendapat perhatian tapi saudara sendiri tidak ada apa2pun.. Orang lain dapat jajan tapi sedara sendiri hampeh. Mungkinkah sebab dah disebabkan kita dah sedara...tak payahlah dapat buahtangan walau sekecil zarahpun? hmm entahlah...saya tahu saya tak sepatutnya ada rasa yang sebegini tapi saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Saya memang tak mengharap tapi tetap terasa ...sampainya hati Walau saya sentiasa cuba menafikan tapi seringkali kemesraan itu tidak ada diwajahnya apabila berhadapan. Saya seorang saja yang selalu buat dek ..buat muka tebal ...cuba bermuka manis, berbuat baik sebab saya memang ikhlas tapi orang tak suka ...dari dulu lagi tak suka kut tapi kadangkala terasa elok pulak layanannya...kadang konfius laa kita ni... Ignore jer? ...buat cam biasa? Memang itu yang sepatutnya yang saya kena buat...saya harap apa yg rasa tentang dia semuanya salah..yang dia memang tak ada niat buruk ...cuma me...

Gout: Diet pesakit gout

Image
Bila buat pencarian di internet mengenai penyakit gout dan makanan yang perlu dielakkan, maka saya terjumpa makumat ini yang diperolehi dari web pusat perubatan az zahrah. Saya kongsikan di sini untuk panduan kita bersama. http://www.tayibah.com/eIslam/gout.htm Link ini juga mengandungi penerangan lebih lanjut mengenai gout.

Bila rindu bertamu...

Image
Rindu pada mereka ..anak2 saudaraku yg berlima itu... Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil,Nurdini,Nu'aim dan Khadijah rindu pada dak berdua ni yg sedang bersama2 abah dgn mama dan abang2 serta adik di tanah suci  Makkah. Semoga mereka didalam lindunganNya. Amin. 

Penat tapi suka

Bermula dari kelmarin dan seterusnya minggu depan, sibuk dgn urusan nak "set up" library di kampus North Wing. Semua kat tempat kerja sibuk ..main dgn kotak..ehehehe sampai dah nak muntah nengok kotak2. yer laa ..nak punggah masuk kotak...lepas tu sampai north wing, kena punggah naik ke rak buku pulak. Apapun happy jugak sebab dak2 kat tempt kerja...semua bersatu padu...bijak mainkan peranan masing2. Walau ada sedikit risau dgn projek ini..maklumlah president uni selalu jer datang mengejut..ronda2 kampus dan pastinya dia akan jengah library tu nanti. Lagipun ofis dia dekat jer situ ...aiyooh....takutnyerrr!!! ehehehhe tapi kena konfiden laa dgn apa yang kami telah buat dan usahakan...INsyaAllah harap2 Datuk tak banyak komen. chaiyokkk ...we can do it.

Menyedihkan

Image
Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari LCCT, kami singgah di masjid di Pajam, N.9. Walau sudah banyak kali lalu lalang di jalan itu, namun ini kali pertama kami singgah untuk solat maghrib sebab dalam perancangan selepas solat, terus cari kedai makan untuk makan malam. Kalau balik ke rumah terus memang sempat untuk solat maghrib di rumah. Masjid itu baru sahaja dibuka...awal tahun ini kalau tidak silap . Dari luar memang nampak cantik, luas kawasan parkirnya dan pagarnyapun cantik. Dugaan Allah swt, sebaik masuk ke tandas masjid, adusss...kotor ya amat. selipar pulak memang tak nampak bayang. nasib baiklah kami tak pakai kasut tumit tinggi atau kasut yg alah dgn air..maka kami tibai jer la pakai selipar untuk masuk ke tandas dengan niat untuk mengambil wudhuk. Kalau kat kaki lima dah kotor, kat dalam apatah lagi...alahai sedih betul laa tengok masjid cam gini rupanyer.  Air yang mengalir lesu dari pili yang tersedia macam segan malu2 jer nak keluarnya mungkin menyebabkan t...

Temujanji

Hari ni jadi pemandu dan p.a kepada mak. Mak ada temujanji dgn doktor. Boleh tahan slow servisnyer. Nombor 4 bg kumpulan warga emas tp dh sejam lebih nunggu tak jugak dipanggil. Selangseli dgn grup pesakit luar lain. No 1 bg kump emas dh lama lepas.,apa ler sistem deme guna!. Mengantuk teman weh..tadi nak bwk novel tp dh terkocoh2 nk cepat pergi,sudahnya tetinggal. Adeh mahu telelap ni kalau pejam mata ehehe.

Mak...Duniaku.

Image
Dalam masa 2 bulan ini, sudah 4 kali mak diserang gout. Walaupun cuba mengelak dari mengambil makanan yang dipantangkan tetapi masih juga terkena. Tak sangka pulak makanan yg kita rasa tak guna bahan atau rencah yang memudaratkan tapi akhirnya terkena juga. So, kami masih belajar untuk mengenali jenis2 makanan yg memang pantang selain dari kekacang dan sayur2 jenis kobis dan juga ikan2 yg byk protin. Sudah beberapa kali terpaksa ambil cuti mengejut.. EL sebab nak bawak mak pergi klinik dan juga jaga mak . Bila kena tu memang tak boleh nak menapak pun..terpaksa tolong papah nak ke bilik air ...solat mmg dah kena duduk kat atas kerusi. Hebat dugaan yang Allah berikan tetapi alhamdulillah, dapat kami atasi. Luluh hati bila melihat mak yg sentiasa cergas menjadi lemah dan tidak berdaya. Sekurang2nya 2-3 hari jugalah mak tak lalu makan bila makan ubat penahan sakit ... Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mak..semoga mak sembuh seperti sediakala dan kuatkanlah semangat...

Hampir setahun...rindunyer

Rasanya baru jer menjejakkan kaki ke tanah haram...tapi realitinya dah hampir setahun. Amatlah teringinnya nak mengharungi pengalaman itu sekali lagi..InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan tiba juga kami ke sana lagi.

Contengan Jalanan -Hlovate

Last week ,28    April 2011,  seperti tahun2 sebelumnya sempat pergi ke KLIBF di PWTC. Sambil jalankan tugas rasmi memilih buku utk library, kak long sempat ronda ke booth Jemari Seni. Pusing keliling jugaklah mencari ...ehehhe sebab tak tahu pulak dah dipecah2kan kategori pameran buku kali ini. Akhirnya jumpa juga. Niat memang nak cari buku hasil nukilan Hlovate. Walaupun majoriti pembaca buku Hlovate anak2 remaja tapi mak remaja ni pun sukaaa sangat dgn gaya tulisan Hlovate. Ha ha ha..anakanda Hlovate, mak long amat suka hasil tulisan anakanda. Ceh...macam gaya Hlovate akan baca jer cerita merapu ni...ihiks. 2 tahun lepas, diperkenalkan oleh anak sedara mak long, Iqa pasal buku 5 tahun 5 bulan, dan lepas tu beli tunas..pinjam baca aA+bB dari Iqa dan seterusnya order buku2 yg lain dari JS..huhuhu.  Now, I have complete set of buku2 Hlovate ...ye haaa!!! Yang dah bacapun( pinjam), last week beli sendiri untuk jadikan koleksi. Sekarang ni rehat kejap dari habis...

Berapa lama lagi..

Tak tahulah berapa lama lagi saya akan berada di tempat kerja sekarang. Kadang2 rasa trak boleh nak "carry" dah. Fikir macam mana nak selesaikan "backlog" dan pada masa yang sama kena fikirkan pembaharuan yang akan diperkenalkan dalam perkhidmatan yang diberi. Customer service world is difficult. Susah ooo nak layan orang..nak ambik hati orang atas..nak ambik hati pelanggan...payah weh!! Apa lagi nak 'tackle' staf2 di jabatan. Saya rasa saya kena buat..baru ada yg ikut tapi kadang...depa buat dek jer...adeh laa ...kesian saya. Apa2pun bukan semua cam gitu..ada la beberapa kerat. Harap2 org baru akan lebih berinisiatif dan tidak akan memeningkan kepala saya..ihiks. Saya harap saya akan "survive" dan dapat bertahan di sini. Macam lagu tu..." jika kau fikirkan kau boleh...kau boleh melakukan" ...InsyaAllah...Amin.

Tak lupa ...tapi malas

Muahahahaha...setelah ditanya oleh Beib..apa jadi dgn simfoni hati? ahahha teringat pulak nak bukak sini. Dulu rajin luah rasa tapi sekarang ni walau aktiviti banyak ..malas pulak nak blogging...update kat fb jer ...itupun ala kadar jer ..ihikss. Agaknyer sebab tensen dgn kerja..dgn apa yg berlaku disekeliling menyebabkan saya malas nak bercerita...berkongsi cerita...apa yg pasti saya tetap sendiri...lalalalala.Hmmm esok my birthday...sejam lagi lebih kurang...aduhhhhh bertambah angka..tambah masalah ke? eheheh harap2 tidak. Semoga yang terbaik yang Allah kurniakan buat diri ini..InsyaAllah..Ameen.

Mak aiihhh!!

Alahai..lama sungguh tak update blog ni..kesian sungguh terpinggir ..dipinggirkan oleh tuan punyer...ahhahaha. Tuan punyer blog bukan lupa tapi teralih arah ke fesbuk. Orang dok sibuk kata kut nanti fesbuk betul2 tutup...blog ini tetap setia menanti. Setia ke??? ahahahh buatnya bloggerpun majuk...beralih arah semula ke frenster la semula kan?? kut semua majuk?? hmmmm...kat mana nak merapu sendiri ek?? myspace? ahahaha tak ada akaun kena bukak akaun laa pulak. Apapun...rasanya nak kembali aktif dgn blog semula la selepas ini...boleh ke?? 4 hari cuti kat kg ...paling jauh ke Taiping laa kut. Tak sempat nak jenjalan jauh sebab tak rancang dan malam ni pun ..bawak makanan ke masjid malam ni pun last minute punyer keputusan....ahahah semua main bidan terjun jer.