Hey..mana signal lights?
Peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang terbaca entri ini.
Banyak kali bila dijalanraya, terasa kita ni psychic. Sebab apa? sebab kita seakan2 boleh mengagak kereta kat hadapan mahupun kat kiri atau kanan ( highway tau..a.da 4 lorong) tu akan belok ke kiri atau kanan!! kalau betul..kita ada kuasa psikik laa tu...ehehhe. Bengang tak kalau ada kereta yang tak pandai2 atau tak reti nak kasi signal bila nak tukar lorong ataupun nak belok ke susur kiri mahupun kanan. Selalu jumpa tuan punya kereta mahal2 tu ...yang canggih manggih yang lajuuu semacam tak bagi signal terus belok atau potong Q...masuk lane kita mengejut jer...iskkk sakit jantung teman. Tahuler keta kome canggih ...tapi takkan tak ada lampu signal kut....ahahahhaha. Maka mak teman yang duduk sebelah sebagai co -pilot tak bertauliah pun membebel marah sebab terkejut....eheheheh. Adehh...kadang kitapun mungkin tanpa sengaja buat macam tu..so awaslah ek....kita perlu sentiasa beringat supaya gunakan kemudahan lampu isyarat kat dalam keta kita tu supaya orang lain yg memandu tak perlu nak guna kuasa psikik mereka. Kut mereka tu ada kuasa psikik..kut tak ada?? iskkk seriau teman mengenangkan. Semoga Allah selamatkan kita semua semasa kita yang sentiasa berada di jalanraya untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Ameen.
Comments