Posts

Showing posts from 2012

Jumaat terakhir ...

Image
...sebelum kita semua melangkah masuk ke tahun 2013. Begitu pantas masa berlalu. Begitu deras hari-hari yang berlalu. Sehari terasa bagai seminggu. Seminggu terasa bagai sebulan. Sebulan terasa bagai setahun... Semoga hari-hari terakhir di dalam tahun 2012 ini akan memberikan kita lebih bermakna :-) In sha Allah. Dengan izin Allah wbt ...harapan kaklong semoga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun2 yang lepas. Semoga ada berita gembira buat diri ini dan tidak ada airmata yang mengiringi. Semoga mak akan lebih sihat dan pulih seperti sebelum ini... Aamiin.

Di mana dia...

Beberapa tahun yang lepas, kaklong pernah mengenali seorang kawan blogger yang menetap di UK, peminat setia Chelsea :-). Kak Long sendiri tak pasti bila kami terputus hubungan. Mungkin kerana pada satu ketika, kaklong meninggalkan dunia blog kerana masalah peribadi atau mungkin juga dia mengalami masalah dan tidak lagi aktif. KakLong tidak pernah set blog kaklong sebagai "private" walaupun kaklong tidak aktif. Sedih juga bila ramai rakan2 blogger yang "hilang"...lost contact macam yang berlaku kepada Noushy. Blog dia panasian tu pun dah di "private"kan. Haishhhh ke mana agaknya dia. Harap2 dia sihat sejahtera. Selama ini kaklong memang teringat kat dia tetapi kelmarin ada kawan blogger yang juga mencari Noushy...Noushy ...di manakah adik berada sekarang? kaklong rindu...

Matahari

Image
Layannnzzz..... Lagu oleh kumpulan Amuk

Tips Menangani Anak

Image
1.Jangan pukul anak dari lutut keatas 2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. 3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. 4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. 5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). 6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran). 7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang d...

Tuhan Berikan Aku Cinta

Image

Cuti-cuti Pulau Pangkor

ehehehe dah seminggu balik dari Pangkor tapi baru hari ni nak load gambar2 kat sini....

Maafkan saya...

Image
Saya harap saya tidak perlu  meluahkan perasaan kecewa seperti mana yang di update oleh rakan saya di fb beliau..Sedihh Awak , maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak, saya hanya memerhati awak dari jauh , maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak , mungkin hati ini sudah beku, ...mungkin jua hati ini semakin jauh .. Awak , Bg saya mengenali awak adalah memory terindah utk saya , Allah telah temukan kita , semakin saya menidakkan kehadiran awak , semakin awak hadir dalam hidup saya .. Awak , Biarlah saya begini , Allah lebih tahu apa sahaja yg akan terjadi , Hanya Allah yg tahu perasaan saya , Saya tahu saya tidak bererti lgsg pd awak, Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia , walaupun tanpa diri saya . Awak , Maafkan saya sekali lagi , Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak, Semoga saya dan awak menemui cinta sejati , Cinta yg menuju ke jalan Allah , Cinta kekal Abadi , Cinta pada Yg Maha Esa

Aku Yang Berdosa - SHAHIR (Lirik)

Image

Lost Count

Hmmm...tak ingat dah berapa hari duduk rumah..tak kerja. Betul2 cam suri rumah. Ihiks..gi pasar..masak..mengemas rumah..itu jer ulang alik . Sambil tu online ...ahahahah. Best gak tapi tak best bila fikir  gaji separuh jer..huuhuhhuu.  Harap2 mak cepat sihat seperti biasa.. dan boleh kerja semula. Tapi kalau boleh tak nak kerja...ekeke seronok duduk rumah..walaupun ada jugak buat keje ofis sebab budget next year tak submit lagi..huhuuhuu ..itu jer yg malas nak  buat...hmmm balik dari pangkor la nanti baru buat..ihiks. InsyaAllah Isnin depan nak ikut famili adik gi bercuti ke Pulau Pangkor. Ehehehhe dekat dgn kg tapi baru laa ni nak pergi. Orang yang jauh lagi awal2 dah sampai.

Dua Insan

Image
Salah sebuah lagu kesukaan ...layanzzz

Penantian dan Kepastian

Penantian itu satu penyiksaan Kepastian itu satu penawar Mood : Campur aduk

Gara-gara anak kucing

Image
Kelmarin , ada kucing tak bertuan masuk ke rumah ..terus ke tingkat atas. Tak sedar kucing tu naik tapi sedar dia dah turun. Mak memang tak berapa berkenan dengan kucing....eheheh so kenalah halau. Sekali lagi dia cuba naik ..hah...dah mula suspek yang dia nak sorok anak2 dia kat tingkat atas. Jenuh cari tapi tak  jumpa so terus lupakan. Tengahmalam, bunyi anak kucing mengiau-ngiau kat tingkat atas..huaaaaaa...kaklong geli dengan anak kucing yang baru dilahirkan...tak sanggup tengok apatah lagi pegang..oh tidak!!!! mak suruh naik tengok tapi kaklong dengan muka toye dan dah mula nak nangis tak sanggup. Ahahahah dah 3 pagi tak tidur2 ...baru nak lena dah bunyi lagi anak kucing tu . Bukak sikit pintu gelongsor kut2 mak kucing akan datang jengah anak dia ...rupanyer hampeh. Esoknya bangun tido macam zombie...ahahaha tak leh lena punyer pasal. KakLong buka pintu rumah besar2 dan akhirnya mak kucing datang bawa keluar anak dia...Hishhhh rupanyer bukan satu tapi lebih dari satu. Mu...

Tetap utuh di Lipatan Kenangan

Image
Terkenangkan Abah yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga namun kenangan itu masih segar di lipatan kenangan. November telahpun tiba. 19 November nanti , Abah sudah meninggalkan kami selama 29 tahun . Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu Ju masih bersekolah, tetapi kini , anak Abah ini telah dewasa dan walaupun Ju masih tidak mempunyai keluarga sendiri tetapi ada rahmatNya sebab Ju berpeluang jaga mak yang kini menghadapi masalah kesihatan. Kalau Ju dah kahwin, belum pasti suami Ju akan benarkan Ju menjaga makkan Abah? . Abah...Ju harap pengorbanan Ju untuk cuti dan bersama-sama mak untuk sebulan ini akan membuatkan mak rasa lebih dihargai dan mak akan sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

Setia di Hati

Image
Seseorang yang istimewa bukan selalu di depan mata dan yang sentiasa disisi, tetapi....insan yg setia di hati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya... ~~~status fb seorang teman~~~

Doaku buat mu ...

Image
Apabila mendapat berita seorang teman yang berada jauh tidak sihat, ada rasa sedikit gundah di hati. Apa yang termampu dilakukan ialah berdoa semoga teman ini cepat sembuh seperti sediakala. Semoga Allah memakbulkan doa insan yg kerdil ini...InsyaAllah. Aamiin.  Mak juga sakit kembali di pergelangan tangan sampai tak lalu makan dan susah nak ambik wudhu serta pakai baju. Esok saya kerja...alahaii tak sampai hati nak tinggalkan tapi kerja perlu diselesaikan sebelum cuti panjang nanti.  Doakan semoga mak saya juga cepat sembuh yer kawan-kawan. Terima kasih. Semoga Allah juga memakbulkan doa agar kesakitan yang mak saya hadapi akan hilang ..InsyaAllah , Aamiin.

Rindu...

Image
For him... Apabila di sana diam membisu... Hati di sini  menjadi sayu Gundah gulana hati keliru Mengapa sampai jadi begitu Siapa gerangan di sana itu Membuat di sini rasa terkedu Mungkinkah di sana juga begitu Atau hanya di sini setia merindu From her. ~~~lalalala...mood romantik sewel ...ihiks~~~

Kena sekat

Oh tidak!!!! akses online banking saya hari ini disekat sebab try 3 kali masuk password salah. Isk iskk....bila hubungi customer service, dia kata sebab saya tak boleh nak reset password, ialah kerana no kad ATM yg ada ini  tak di kaitkan dengan akaun e-banking . Macam mana bank buat kerja ni?? . Sabar sajalah. Kena tunggu hari Isnin baru boleh deal direct dgn pihak bank. Alahai....

Apabila tiada bicara ...

Image
...kiranya itu adalah lebih baik untuk mengelakkan perselisihan faham?  Saya akan cuba untuk  tidak akan berkata jika tidak diperlukan. Ini yang orang kata bercakap salah...tak cakappun salah. Di layan salah...tak layanpun salah. When you say nothing at all...

Next time you feel like complaining about your life.....

Image
Betapa bertuahnya kita yang ketika ini sedang mengadap komputer dan anda mengeluh ketika komputer anda meragam dan "network" tergendala, sedangkan ada yang tidak pernah melihat atau tahu apakah itu komputer. Sekurang-kurangnya anda akan berpeluang menggunakan komputer anda dikemudian hari... Apakah sarapan anda pagi ini...atau apakah menu makan tengahari dan makan malam anda malam ini? Ingatlah ada mereka yang mampu memegang periuk kosong di tangan mereka... Jika anda tidak dapat tidur lena malam tadi dan merasa terganggu pagi ini, jangan mengeluh..sekurangnya kita ada selimut dan bantal serta tilam ...sedangkan ada mereka yang berbantalkan lengan dan bertilamkan tanah yang berpasir dan berdebu. ~~ceduk dari email~~

Cinta ...

Image
Mencintai seseorang memang indah Dicintai seseorang lebih indah  Tetapi.. Yang paling indah ... Dicintai oleh orang yang kita cintai... Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mencintai dan dicintai dalam batasan agama.

Kasih Di Seberang Tambak...

Image
Pertemuan itu tidak di jangka Awak di sana dan saya di sini setia Pertemuan berlaku tidak dirancang jua Bermula dengan sebaris ayat walau seketika Berakhir dengan sebaris kata ... Pertemuan tiada buat seketika kerana nama berbeza Tetapi ada sesuatu di antara kita... Tanggal 8 Oktober kisah kita bermula Pertemuan tanpa di rancang maka bersua jua Rupanya ada rindu diantara kita.. Kasih berputik tanpa di duga Hanya sayakah yang terduga Atau awakkah yang menduga Kemana agaknya hala kasih kita? Harapan ingin disandarkan untuk bersama Tetapi terlalu awal untuk kita mengatakan ya Adakah ada sinar bahagia untuk kita ? Persoalan yang hanya Allah yang punya jawabannya... Kita hanya mampu berdoa Andai ada jodoh di antara kita Walau terpisah sejauh mana Akan Allah dekatkan jua InsyaAllah

Adil atau tidak hidup ini...

Saya tertarik dengan kata-kata atau lebih tepat dengan skrip drama yang saya tonton tadi, Seorang isteri yang lumpuh berkata-kata kepada anaknya " hidup ini tidak selalunya adil" apabila anak dia marah2 sebab mak dia diamkan ajer bila ayah dia mula menggatal dengan perempuan lain. Saya tk tahu apa pengakhiran drama itu sebab saya tk tonton sampai habis. ehehehe. Tetapi saya lebih percaya Allah maha adil...kalau kita diberi dugaan yang kita rasa sangat hebat..sangat susah tapi ALLAH beri dugaan yang kita boleh tanggung...boleh kita selesaikan . Yang penting, kita mesti yakin dan tabah mengharungi apa juga dugaan yang mendatang.

Masih berharap..

Hampir 5 bulan mak mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu. Sekejap macam dah okay, tiba-tiba datang semula sakitnya. kalau tak gout, sakit belakang dan lutut. Silih berganti. Dah cuba makan macam-macam jenis ubat tapi masih belum ada keserasiannya. ( Selama 4 bulan lebih ini jugalah saya kadang2 terpaksa cuti mengejut. Bila mak dah okay sikit, terpaksa tinggalkan di rumah. Saya rasa sangat bersalah tapi mana nak cekau duit kalau tak kerja. Minggu lepas dengan bantuan adik ipar, mak buat rawatan ala syifa dan akupunktur ( cam tak betul jer ejaan ni...). Alhamdulillah nampak ada perubahan dengan kesihatan mak. Sakit tulang punggung dah berkurangan dan dah boleh berjalan lebih laju dari sebelumnya walaupun masih mengekalkan penggunaan tongkat. Harap2 masalah gout kronik yang dihidapi mak juga akan berkurangan atau terus hilang. InsyaAllah. Terasa penat juga sejak akhir2 ini sebab nak masak , kemas umah dan ulang alik ke tempat kerja tetapi bukan itu memang kerja seorang suri ...

Layannzz Muara Hati- OST Adam & Hawa

Image

Pecah masuk di Syawal ke 7

7 Syawal 1433 = Sabtu 25 Ogos 2012.  Waktu berlaku di antara tengah malam dengan subuh. Famili adik masih ada di kampung ketika itu. Mereka bercadang untuk balik selepas zohor tapi terpaksa ditangguh sebab insiden yang berlaku. Insiden apa? Rumah dipecah masuk dek pencuri laknat. Masuk ikut tingkap, keluar ikut pintu dapur. Hampeh betul laa. Banyak jugalah duit adik ipar, duit kak long ni hah dan juga duit raya Nasyirat yang diambil. Handphone , kamera dengan external hard disk akak ni pun di kebasnya. Aduslaaa ... Sakit hati tapi dalam pada sakit2 hati tu tetap bersyukur kerana kami tidak dikejutkan dan kemungkinan bersemuka dgn pencuri yang mungkin akan menyebabkan kes teruk lagi. Alhamdulillah...begitulah kalau Allah kata sesuatu itu akan terjadi, maka jadilah ia. Dah bukan rezeki kak long nak terus guna handphone itu . Cuma sayangnya gambar2 kenangan raya masih ada di dalam kamera dan handphone itu...huhuhu...sedihhh!!!

Lemah...

Tekak dah terasa perit sejak malam tadi. Kepala masa bangun sahur ada denyut2 sikit. Sekarang ni bila kat ofis dah rasa lemah sakit2 badan tambahan pulak cuaca mendung, pendingin hawa semakin sejuk...Adus...larat ke nak masuk meeting petang ni...mau jer aku masuk kejap. Kalau tak habis dalam pukul 4, kena larik dari meeting room sebab itu masa untuk balik dan masak untuk berbuka..

Ada aku kisah?

Image
Ihiks tajuk entri cam bunyi berlagak ajer kan? ahahah tapi percayalahh saya tak macam itu. Sebenarnya cuma ketika ini saya rasa lebih baik saya kat dalam bilik buat kerja2 pengkatalogan yang ada banyakkkk . Cumanya sekarang ini saya ada kat dalam bilik meeting yang tidak memerlukan saya memberi input. aduhaiii...tengok dari agenda memang akan ambik masa sampai lepas zohor. Tadi bila VC tanya ada ke "morning break" dengan "lunch" ?...secretary meeting kata ada...aduss yg berpuasa seperti saya ini ?? ahahahha ada aku kisah?? err..aku kisah sebenarnya!!! ihiksss....tapi apa nak buat...kita kenalah terima sebab majoriti member dalam meeting ni non-muslim. SELAMAT BERPUASA ...

Tak pentingpun...

Lama sungguh tak update blog saya yang ini. Tak ada cerita best nak kongsi. Malaspun ada nak mencurah rasa di sini. Mata dah mengantuk sebenarnya tapi entahlaa...nak jugak mengadap lappy ni... Nak cerita pasal kerja? hmm sekarang ni tengah cari staff untuk ganti seorang staff yg cabut ..ponteng kerja 2 minggu dah dapat gaji terus cabut...baik sungguhlah kan?? kan?? Sedara sendiri buat gitu yg buat rasa geram yg lebih2 kat dia...hmm sudahlah not worth it to discuss about him!! Esok..apa citer? esok nak kena hantar mak ke klinik..medical check up .

DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK

Image
Bismillahirrohmannirrohim..... Ya Allah..Ya Tuhanku.. Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu.. Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu.. Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya.. Ya Rabb, bila dia jauh,dekatkanlah.. Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu.. Ya Allah...Yang Maha Pecinta Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia Tabahkan hatinya.. Teguhkan imannya.. Tegarkan penantiannya.. Ya Rabb...Sang Pemilik Hati Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu, Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian.. Ya Rabb, Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu, Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya.. Kutitipkan sayangku pada-Mu untu...

First Aid part 2

Image
ngeri nengok gambo luka dengar taklimat sebelum rescue mission olok2 to be continue...

Training on basic occupational first aid and CPR

Image
mari kita ikat anduh ikat ketat2 kalau luka...ikat bersilang to be continue...

Kerja ke tidak??

Susah ke nak berlaku adil? Siapalah aku nak menjatuhkan hukuman ? Apa kaitan 2 baris ayat dgn apa yg aku nak cakap ni? adehlahh..keliru betul. Fokus...fokus!!! Ok ok....nak citer laa ni . Kaki mak sakit lagi petang semalam...sampailah pagi tadi menyebabkan aku rasa tak sampai hati nak pergi kerja dan tinggalkan mak terdengkut2 nak masak bagai..hmmm....oleh kerana tak ada apa yg urgent kat ofis setelah baca semua email yg latest maka tak masuk ofis hari ni tapi esok macam mana ek?? Rabu dgn khamis memang sah sah tak boleh tak pergi kerja sebab ada training kat NW. Tapi esok bukan rabu tapi selasa dan kaki mak tak pulih sepenuhnya..patutkah aku EL lagi? adussss...risau!! esok sepatutnya kereta keluar tapi tak pasti lagi...sabo jugak pasal hal ni...heran aku dah berapa hari tak settle2. Harap2 esok boleh selesai tapi kalau aku pergi keje...risau kat mak..tapi kalau tak keje...risau boleh ke budak2 ni handle library? aku konfiden budak2 ni boleh buat ..yer mereka boleh!!! Apapun ...

Ubah suai rumah kampung

Image
pintu dapur tukang paip tgh pasang paip sinki opss...ini toilet baru  bilik mandi yg baru.. baru mula bina sebelum ubahsuai bahagian tangga..

Tertekan

...dengan pelbagai perkara yang bermain di minda membuatkan saya pening..keliru.Bertenang...bertenang...astaghfirullah...astaghfirullah. Semoga saya akan dapat menyelesaikan segala perkara dengan izin Allah, InsyaAllah.

Menghayati Susah Sesudah Senang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menghayati Susah Sesudah Senang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Happy New Year 2012

New Year 2012 is here. With the advent of new year, a new era begins and with it comes new hopes and new possibilities. Every year teaches us some of life's most important lessons, and with that learning we put our step forward into the new year. Happy New Year to all ..