Posts

Bahagia..apa kata anda?

Image
Kak Long tidak mahu kehilangan kata-kata indah yang diberikan oleh teman-teman tentang bahagia. Hari ini kak long letakkan kata-kata itu di sini... Airynnz kata... ..jika bahagia itu sebuah kepingan puzzle yg dicantumkan menjadi bentuk hati...ryn ingin setiap bentuk itu diberikan pada kak long agar kak long bahagia selalu. Kak Long kata.. Indah sungguh kata-kata ini. Syahdu hati kak long sesungguhnya. Kalau lelaki yang memberi kata-kata ini mesti kita terasa diawang-awangan ..ehehehe MamaRanggie kata... bahagia tu sukar di ungkapkan... tp dimana2 ade kebahagiaan jika pandai menilai erti bahagia... Kak Long kata... Sesungguhnya benarlah kata-kata eira itu. Hanya diri kita yang berhak menilai erti bahagia diri sendiri. Noushy kata... Happiness is a choice we make.It is a choice that comes from feelings or emotions, choose to be happy by doing things that will change your behaviour into something that will make you feel better about your existence.The positive thoughts, behaviours and ...

Bahagia itu ...

Image
. ..ada di mana-mana. Walau tanpa cinta seorang insan bernama lelaki kita boleh berbahagia. Kita perlu cinta. Ya! tidak dinafikan hakikat itu tetapi kita tidak perlu terdesak jika tiada cinta datang bertandang. Cinta dariNya sentiasa ada dan tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat. Tiada maknanya jika cinta diterima tetapi ada agenda yang tersirat di sebalik. Mungkin ada sekelumit rasa terkilan dengan insan-insan yang mencarik luka di hati kita namun semuanya wajar kita jadikan teladan. Apa yang pasti cinta dariNya mampu membuat kita bahagia. Bahagia itu ada dihati kita. Bahagia kita bersama keluarga , bahagia kita bersama sahabat. Percayalah.

Nu'aim Yang Kelakar

Image
Malam tadi, first time Nu'aim bermalam di rumah Kak Long tanpa Mama dia. Adik ipar kak long ada seminar di Port Dickson hari ini dan petang semalam dia dah pergi . Dari lepas pantang lagi Nu'aim memang mak kak long yang jaga tapi bila malam mama dia ambik. Pagi tadi tengok dia masih tidur lena .Okey jer dia tidur dengan Opah...good boy!! Abang2 dan kakak dia Nurdini memang dah biasa tidur di rumah kak long. Abang Nasyirat dengan Abang Nabil lagilah..weekend jer baru balik ke rumah Abah dengan Mama dia..eehehehe. Semua tidur dengan Opah. Muhammad Nu'aim setahun yang lepas ketika bercuti di A Famosa Melaka.Siap ada selimut pulak kat riba dia ..eheheh kecik lagi dah pandai pandang kamera Nu'aim yang pandai bergaya di atas kerusi favorite. Muka serius jer tapi dia memang kelakar..Opah nak marahpun tak jadi marah..Siap dah pandai main buli kakak Dini..habis kakak dia kena ketuk dengan gusti bila kakak tengah tengok tv..ahaks.

Terima Kasih jua..

Image
Maaf dipohon kepada Noushy dan Farah B kerana lambat nak mengucapkan terima kasih kerana memberi kak long "best friends award" ini. Thanks so much my lovely adik-adik yang seorang jauh di UK...seorang lagi kat Penang tu . Walaupun Penang tak berapa jauh sangatlah tapi tak tahulah boleh berjumpa ke tidak dengan korang berdua ni. Kak Long memberikan awards ni kepada semua kawan-kawan yang singgah ke blog ini tidak kira sama ada anda ada meninggalkan jejak mahupun hanya sebagai "silent reader". Terima kasih jua buat semua di luar sana ..jauh dan dekat.

Puteri Yang Satu...

Image
Comei princess Dini pakai tudung ... Terasa seperti baru sangat Nurdini di lahirkan tapi tau-tau jer dia dah mula bersekolah tadika 5 tahun. Kakak dah besar dah !! Semalam dia cakap " Kat rumah kita boringlah tak ada kawan nak main. Kita suka pergi sekolah". Ahahahaha..kakak cakap macam tu sebab kakak belum ada homeworkkan? ihikss ..nanti kalau dah ada homeworkpun, harap2 kakak masih suka pergi ke sekolah okey!! Rajin juga macam abang Nasyirat dengan Abang Nabil. 1 jam lagi van nak jemput dan sibuk pakai baju sekolah..ehehehe jenuh Opah nak layan.

Apa-apa jer la..

Image
Bukan nak mengada-ngada tapi hari ni kepala pening sangat ...tapi buat tak ada apa2 jer laa ...buat jugak keje2 yang ada...adehlah apasal ler pening gegila ni ...adakah kerana cermin mataku ini yg dah lama tk ku pakai ? tapi power sama jer dgn yang selalu di pakai. Makan uphamol sebijik sebelum lunch tadi pun tk makan saman pening ni ...huwaaa!!! Keja yang nak kena tengok perhati yg guna excel ni buat tambah sakit....gastrik ke pun? angin dah naik ke kepala? haiyaaaa. Nasib baik esok cuti...apa nak buat esok ni?? lepak lagi kat rumah ler ni gamaknyer ..or boleh pergi seremban ziarah makcik ...hmmm bagus jugak idea ni ..tapi kalaulah ada yg tolong pandu kereta ...eheheh lagik bagus ..ahaks ..sudah2 la tu kak long weh....berangan nak ada driver!!! . Adeh...tolongg picit tengkuk sendiri sambil menaip..ehehhee dah berbau minyak cap kapak dah ni !!! Dalam pening2pun hari ni ada jugak kerja yg berjaya di selesaikan. Alhamdulillah. Jumpa lagi Khamis nanti, InsyaAllah. oklah nak sambung kerja...

Dulu Lain, Sekarang Lain

Image
Ketika Kak Long mula bekerja kira-kira 15 tahun yang lalu, kolej di mana kak long bekerja sekarang ini hanya sebuah kolej yang agak kecil tetapi kini menjadi salah sebuah IPTS yang bertaraf universiti. Pada ketika itu staff memang tak ramai, adalah dalam 20 orang dan pelajarpun adalah dalam beberapa ratus orang. Kami saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kak Long siap boleh hafal lagi student number beberapa orang student yang rajin datang ke library dan pinjam buku. Ketika itu hubungan kami dengan students memang baik dan sampai pergi makan pun sama-sama..lepak kat mamak pun sama ..ehehehe. Tapi itu semua menjadi kenangan semasa kami masih di PJ. Pada masa tu susah nak tengok pelajar melayu yang belajar di kolej tempat kak long bekerja. Setelah beberapa tahun bekerja, barulah ada budak melayu masuk, kitapun sukalah jugak sebab ada jugak budak melayu yang dapat peluang belajar di kolej swasta. Ada yang dengan perbelanjaan sendiri dan ada juga yang mendapat tajaan Tenaga Nas...