Selamat Ulang tahun Kelahiran
Selalunya jarang ada orang yang ingat pasal birthday kak long. Alhamdulillah tahun ni, ramai pula yg wish birthday. Especially dari kawan-kawan di frienster..ihikks dah ada tarikh lahir kat situ...mesti korang dapat reminder dari friendster kan?? eheheh anyway...kak long happy dapat mesej dari kawan-kawan. Walau di sms, email mahupun di testimonials Friendster, semua ucapan amat kak long hargai. Yang best tu ...bila buka email official, ada birthday wish dari bos ..huhuhu best betul la bos baru ni. Hopefully sampai bila -bila dia understanding and sporting cam gini.
Salah satu sms yang kak long terima tepat 12:03am ,23 march 2007 berbunyi "Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga bertambah kuat keimanan dan tercapai segala hajat mengikut hukumnya dan sunnah Rasulullah saw hingga ke akhirat". huhuhu...sayang awak.
Sebaik sampai di pejabat, kegembiraan sedikit tergugat bila entah macam mana Kak Long telah menghantar satu mesej yang menyebabkan dia berfikir, kak long mahu berdolak dalik dan tidak mahu meneruskan perancangan yang telah di aturkan. Isk ...rasa bodoh sgt. Kenapalah Kak Long ikut rasa hati ..konon nak merajuk last2 kena marah...huhuhu..
huhuhu..tengah bersedih, dapat pulak panggilan dari bakal adik ipar yang wish "Happy Birthday"...walaupun dia kata abang dia tak ada apa2...merajuk kejap jer, tapi hati ini rasa lain macam jer. Janganlah ada perkara yang tidak baik berlaku di harijadi ku ini...nak bekerja pun rasa tak ada semangat. Ya Allah, kuatkanlah keimanan dan kesabaranku ini, hanya Engkau maha mengetahui akan baik dan buruk untuk diriku ini..aku pasrah Ya Allah...
Bestnyer kalau dpt hadiah cam kat bawah ni..huhuhu
*Alhamdulillah, perselisihan faham di antara Kak Long dan dia telah dapat di selesaikan di sebelah tghari tadi*
Comments
Moga di tetapkan iman, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki..bahagia dunia akhirat...
Semua manusia mengejar kebahagiaan dan kesenangan. Bagaimana teliti sekali kita mengatur langkah tergelincir jua... bahang panas dipagi hari rupanya hujan di tengah hari. Begitulah antara cabaran yang pernah dan akan kita lalui. Kita sama-sama telah melalui kepahitan hidup walaupun dengan jalan yang berbeza.... yang pasti bangunlah...... walau dalam kekecewaan!
Chaiyokkkk....Kaklong..ceria2 selalu di harijadi!
nizie mmpu bg hadiah doa jer..semoga sist sihat, ceria n d murahN rezeki and..ehemm..ehem.. ;)
if God will, x ke mana kan??
selamat hari lahir kaklong..tp yg ke berapa ek??
Noushy~~~~muahhh pp dia. Thanks so much. Doa dan harapan Noushy menjadi doa dan harapan kak Long juga
NuuOl~~~terima kasihhh cikgu :-)..Sorry dear...tak ada kek