Pengorbanan?


Malam tadi, kak Long menonton slot cerekarama di TV3. Tajuk drama tersebut "Cahaya Hati". Biasalah pada mulanya drama ini berkisar tentang 2 orang sahabat dan seorang wanita. Wanita ini di sayangi oleh kedua-dua lelaki ini dan apa yang membuat kak long terfikir ialah pertama, biasalah seorang lelaki mengalah di dalam merebut kasih seorang wanita walaupun dia sendiri mengasihi wanita tersebut.


Apa juga alasan dia untuk melakukan pengorbanan dari segi hati dan perasaan masih boleh diterima akal tetapi di dalam drama ini, lelaki tersebut telah memberikan matanya , bukan sebelah tapi kedua belah matanya kepada wanita tersebut yang telah menjadi buta akibat bahan pencuci filem ( apa ntah tak tahu kak long nama bahan tersebut). Mungkin juga sejenis asid kerana muka wanita ini juga rosak teruk. Ketika pembedahan dilakukan, tidak dilihatkan kepada penonton bahawa buah hatinya yang telah mendermakan kedua belah matanya utk sang kekasih yang disayangi.


Akhirnya wanita tersebut mengahwini rakan lelaki tersebut yang membantu beliau semasa di hospital sementara lelaki yang dikasihinya pula menjauhkan diri.


Persoalannya, sanggupkah anda membuat pengorbanan yang sebegini besar terhadap orang yang anda kasihi. Kita sudah biasa mendengar dan membaca kisah orang mendermakan sebahagian hati , tulang sum-sum ketika penderma masih lagi hidup dan kebanyakan mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti sediakala. Tetapi pengorbanan yang ditunjukkan di dalam cerekarama ini sesuatu yang membuat kita akan berfikir, sanggupkah kita menjadi buta dan mengubah keseluruhan hidup kita semata-mata utk kebahagiaan kekasih yang kita sayangi?


Agak sukar untuk kak long sendiri memberikan jawapan . Tetapi seandainya ibu atau ayah kita yang memerlukan, mungkin kita akan lebih berfikiran terbuka akan hal ini?


Berkorban apa sahaja ? Apa kata anda ?


Hati dan perasaan telah ku korbankan utk kebahagiaan ibu tercinta tanpa ada sesal secalitpun.

Comments

AiRynnz said…
cinta mmg perlukan pengorbanan pun...tp tuk dpt sesorg yg sanggup melakukan pengorbanan spt lelaki tuuu aduhhhhh..payah nak temui...
Juezura said…
airynnz--> betul...payah dan mungkin juga tidak ada yang berupaya berkorban sebegini rupa
iEn said…
berkorbanlah selagi termampu.. cinta yg sejati membuahkan kehidupan / keluarga yg bahagia..

ien tak tgk ar semalam drama tu.. abah duk nengok BOla uwaaa!!
Juezura said…
iEn--> berkorban biar berpada-pada? asal jgn sampai memudaratkan diri.ye tak?? tak tengok ke?? tak pe ..lain kali ada kut ulang tayang :)
aria ayumi said…
uikss.. cite die sejibik mcm video klip korea yg diya penah tgk... uhu.. video klip tu pendek je... about 10 minutes... tapi... the whole story ade dlm cite tu.. ringkas tp padat dgn pengajaran...
Unknown said…
baru jer download citer ni, tapi ade org cakap citer ni sebijik macam vc Kiss - because I'm girl, terus hilang mood nak tgk...
Mersik said…
Setiap pengorbanan yang dilakukan tentu ada hikmah yang akan menanti.

Cuma kena percaya dan tabah hati. Tuhan maha adil..

Alahaii..
Anonymous said…
Kak as for me..just be realistic in this issue...

Tentu lebih sennag kalau kita katakan, alaaa ni cerita bole lah buat camtuh, in reality, well, memang kasih sayang dan cinta perlukan pengorbanan, but bekorban menderma kedua2 belah mata hanya untuk kekasih tersayang?? Well I doubt it..especially when the gurl telah mengalih cinta pada lain jejaka...

Say I'm selfish, but to me untuk bekorban bukan membabi buta!!
Anonymous said…
Kak Long,
Merak suka jugak tonton drama cam ni, tapi cukup tak suka kalo jadi heroin dalam drama kehidupan sendiri...Wawawawaw
JajaOHgon said…
Tersentuh hati tengok cite nie... tengok plak cite nie dgn mama... and mama said "kalu ma kat tempat siti eja ma tak pilih kedua2nya... sana berbudi sini berbudi... susah.." tapi kalu ditanya pada jaja... jaja akan pilih fahrin.. pengorbanan dia lagi besar nak dibandingkan dgn aaron... hihihi tp sume tue cite jer kan... kalu betol2 ada ker?... kalu ada pun mungkin 1 dalam sejuta...hehehehe
Juezura said…
diya--> pengajaran mmg ada dlm drama ni...pandai2 la kita mengambik iktibar yg elok kan??

Hannan--> kak long tk pernah tgk VC Kiss tu ..tp mungkin juga ada persamaan....

Mersik--> kak long percaya setiap pengorbanan pasti ada hikmahnya..insyaAllah


Noushy--> betul juga kata noushy, berkoban biar berpada-pada dan bertempat..:-)


Merak--> ehehehhe apa salahnya jadi heroin dlm kehidupan sendiri :-)

Jaja-->memang betul kita akan pilih lelaki yg berkorban lebih utk kita ..tapi masalahnya dia tak tahu pun fahrin yg bagi mata tu ...ehehehh bila tahu pun dah terlewat. Kalau berkorban..kita kena bagitahu kut..ahaks . Payah nak jumpa laa org yg sanggup berkorban begini besar
mad redo1 said…
(dalam mode ayat killer...)

kesanggupan untuk berkorban hanya akan diketahui tatkala tiba saat pengorbanan itu dituntut dari dia yang berkata-kata...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini