Saja nak mengomel...
Kali ni nak cerita lagi sikit pasal trip ke tanah tinggi Cameron hujung minggu lepas. Salah satu tempat yang kami pergi ialah Boh Tea Centre. Perjalanan ke ladang Boh agak mencabar. Bukit yang sejauh 2 km terasa seperti berkilo-kilo meter jauhnya sebab jalannya sempit dan berliku2. Lebih kurang jalan naik ke Frasers Hill tu laa ...huiyoooo at least kat Fraser tu kenderaan utk naik dan turun pada jangkaa masa yang telah ditetapkan. Lain pulak kat ladang Boh ni...isk iskk kalau kereta berselisih pun kena slow2 dan siap kena berhenti atau reverse kalau dah tertembung di jalan yg tak boleh nak selisih. Amatlah menacabar apabila terpaksa berselisih dengan bas yang membawa pelawat2 . Haiyaa bas tu pulak mentang2 laa itu jalan dia ...eheheh punyerlah laju dia bawak..ada yg tak nak mengalah tu ...nak lepas diri jer ...cissss. Ada sekali tu , kereta kami di hadapan dan tiba2 terserempak dgn bas. Adik kak long terpaksa undurkan kereta ...kak long dgn mak dah jerit kata ada kereta kat belakang yg follow dekat sgt. Adik pulak hanya perasan kereta yg kedua yg berada jauh sedikit dari kereta kami..dia terus undur....iskk apa lagi terkena laa muncung kenari tu kat bontot kereta kami naiki ..mujur tak ada yg kemek ..alhamdulillah..mak kak long dah pucat dah..sakit badan dia menahan takut dgn jurang di sebelah kanan jalan. Tapi perjalanan yg amat mencabar itu berbaloi bila tengok pemandangan ladang teh yang cantik di sekitar Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Seriau punyer pasal sampai lupa nak ambik gambar kereta yang naik dan semasa kereta bertembung ...huhuhu.Pengalaman yang menarik walau mengerikan..phobia dgn accident..ihikss.!!
Kak Long rasa adalah lebih baik jika di masa2 cuti dan pelawat lebih ramai dari hari2 biasa, kenderaan yang nak naik dan turun mesti di dalam jangkasa masa yang tertentu ..at least peruntukan masa 1-1 setengah jam utk turun atau naik supaya perjalanan lebih lancar. Huhuhu tetapi siapalah kita utk mengajar pihak pengurusan ladang ek ..eheheheh.
Kak Long rasa adalah lebih baik jika di masa2 cuti dan pelawat lebih ramai dari hari2 biasa, kenderaan yang nak naik dan turun mesti di dalam jangkasa masa yang tertentu ..at least peruntukan masa 1-1 setengah jam utk turun atau naik supaya perjalanan lebih lancar. Huhuhu tetapi siapalah kita utk mengajar pihak pengurusan ladang ek ..eheheheh.
Comments
The tea plantations is amazing!