Akhir-akhir ini..


...saya terasa sangatlah tertekan dan serba tak kena.


Bukan soal cinta terpendam. Itu dah lama saya dapat lupakan dan tak kisah sangat. Ini soal periuk nasi. Soal kerja yang semakin hari semakin menekan jiwa sampaikan terasa nak QUIT. Rasa gundah gulana .Kalaulah tak dapat bantuan dan sokongan dari kawan2 di jabatan ini, mahu rasanya letak jawatan kejap2 ini juga.


Terasa sia-sia jer 16 tahun bersama-sama susah senang. Apabila orang luar yang beri komen negatif, baru nak sedar, baru nak melenting. Dulu-dulu kita bagi cadangan tak pernah nak ambik tahu. Last2 bila nak buat perubahan, macam nampak salah kita pulak kononnya tak pernah bagi tahu pasal kekurangan. EEee...tolongggglahhh..malam tadi dah sakit kepala, sampai kena ambik pil penahan sakit. Pagi ini pun terasa macam ada urat yg putus jer dalam kepala ni..rasa terbakar, perit, pedih hati dan jiwa.


Dah lama tak menangis...dan hari ini terasa air mata senang sangat meleleh. Astaghfirullah...sabarlah hati..buatlah apa yang boleh..selebihnya tawakallah. Bukan tak pernah kena marah..bukan tak pernah kena malu depan orang...laluilah dugaan ini dgn seadanya.


Adakah diri ini sudah merasa bosan dengan apa yang dilakukan selama berbelas2 tahun?

Comments

~Cinta Cukulet~ said…
hidup takkan lari dgn dugaan..semoga kak long tabah menghadapinya...:)
Suzi said…
semoga tabah hadapi dygaan dan moga Allah permudahkan segala urusan...
Juezura said…
CC-->kadangkala hilang juga sabar.
Juezura said…
Suzi-->Terima kasih. InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan. Amin
Cikgu said…
berat sungguh tekanan yang di terima ya! cikgu tumpang simpati.... tabahkan hati, selalunya dugaan yang di terima adalah untuk memperkuatkan diri, walaupun dugaan datang tak di undang...
anggaplah ianya cabaran untuk mematangkan diri.....jangan putus asa ya kak zue!
Juezura said…
Cikgu-->InsyaAllah kak zu tak berputus asa. Terima kasih cikgu.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini