Posts

Berapa lama lagi..

Tak tahulah berapa lama lagi saya akan berada di tempat kerja sekarang. Kadang2 rasa trak boleh nak "carry" dah. Fikir macam mana nak selesaikan "backlog" dan pada masa yang sama kena fikirkan pembaharuan yang akan diperkenalkan dalam perkhidmatan yang diberi. Customer service world is difficult. Susah ooo nak layan orang..nak ambik hati orang atas..nak ambik hati pelanggan...payah weh!! Apa lagi nak 'tackle' staf2 di jabatan. Saya rasa saya kena buat..baru ada yg ikut tapi kadang...depa buat dek jer...adeh laa ...kesian saya. Apa2pun bukan semua cam gitu..ada la beberapa kerat. Harap2 org baru akan lebih berinisiatif dan tidak akan memeningkan kepala saya..ihiks. Saya harap saya akan "survive" dan dapat bertahan di sini. Macam lagu tu..." jika kau fikirkan kau boleh...kau boleh melakukan" ...InsyaAllah...Amin.

Tak lupa ...tapi malas

Muahahahaha...setelah ditanya oleh Beib..apa jadi dgn simfoni hati? ahahha teringat pulak nak bukak sini. Dulu rajin luah rasa tapi sekarang ni walau aktiviti banyak ..malas pulak nak blogging...update kat fb jer ...itupun ala kadar jer ..ihikss. Agaknyer sebab tensen dgn kerja..dgn apa yg berlaku disekeliling menyebabkan saya malas nak bercerita...berkongsi cerita...apa yg pasti saya tetap sendiri...lalalalala.Hmmm esok my birthday...sejam lagi lebih kurang...aduhhhhh bertambah angka..tambah masalah ke? eheheh harap2 tidak. Semoga yang terbaik yang Allah kurniakan buat diri ini..InsyaAllah..Ameen.

Mak aiihhh!!

Alahai..lama sungguh tak update blog ni..kesian sungguh terpinggir ..dipinggirkan oleh tuan punyer...ahhahaha. Tuan punyer blog bukan lupa tapi teralih arah ke fesbuk. Orang dok sibuk kata kut nanti fesbuk betul2 tutup...blog ini tetap setia menanti. Setia ke??? ahahahh buatnya bloggerpun majuk...beralih arah semula ke frenster la semula kan?? kut semua majuk?? hmmmm...kat mana nak merapu sendiri ek?? myspace? ahahaha tak ada akaun kena bukak akaun laa pulak. Apapun...rasanya nak kembali aktif dgn blog semula la selepas ini...boleh ke?? 4 hari cuti kat kg ...paling jauh ke Taiping laa kut. Tak sempat nak jenjalan jauh sebab tak rancang dan malam ni pun ..bawak makanan ke masjid malam ni pun last minute punyer keputusan....ahahah semua main bidan terjun jer.

Naik tapi tak masuk

Hujan yg kerap turun kebelakangan ini menyebabkan air naik di sekeliling rumah tetapi alhamdulillah air tak masuk ke dalam rumah. Harap2 tak masuklah dan air akan cepat surut.

Kereta oh kereta

Selepas 5 thn awak buat perangai. Kenapa awak buat saya macam ini ? Saya sedih awak! Kurang la duit saya kerana awak hari ini. Tak mengapalah.,asalkan awak tak meragam. Saya doa2 jgnlah awak sakit lagi. Minggu depan saya bawak awak buat rutin checkup tau, so sure awak dpt ubat2 yg awak biasa dpt yer. Huhuhu keretaku buah hatiku, tanpa dirimu patah kaki la alamatnya. Please yer awak, jgn susahkan saya ye.
Image
Nasyirat Nu'man ..anak saudaraku yg hensem pakai jubah. 3 hari lagi dah keluar keputusan UPSR..moga2 Nasyirat berjaya kekalkan kejayaan masa percubaan. InsyaALLAH Ameen.

Serba salah

Kenapa tak bgtau awal! Deme dah tau dari awal kot...isk tak tau le nak kata cam mana. Kalau org dah tak nak bgtau tak ngapa ..jgn bgtau terus. Kdg terasa juga..bila perlu je ingat kat kami... Tp tak baik buruk sangka kan? Redha je la. Saper yg nipu dan aniaya teman dan mak tu, moga Allah beri balasan setimpal. Ameen.